Harian Metro

Fokus mandat sektor pertanian

 Agrobank komited beri pembiayaan kepada usahawan tani sukar dapat pinjaman bank komersial

-

Kita beri pembiayaan kepada usahawan tani yang sukar dapat pembiayaan daripada bank komersial lain Wan Mohd Fadzmi

Malaysia memainkan peranan penting memastikan pertumbuha­n ekonomi terus mampan, selain menjadi kayu ukur tahap perkembang­an negara.

Kewujudan bank juga membantu kerajaan mengembang­kan infrastruk­tur negara dan rakyat mendapatka­n saluran pembiayaan profesiona­l.

Malaysia mempunyai bank yang diwujudkan khusus untuk sektor tertentu termasuk AgroBank yang ditubuhkan sejak 40 tahun lalu bagi membantu sektor pertanian dan pembanguna­n luar bandar di negara ini.

Wartawan Bisnes Metro, HAFIZ ITHNIN menemu bual mantan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AgroBank Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman Ogos lalu bagi mengulas hala tuju pembanguna­n rakyat luar bandar serta peranannya dalam penggunaan teknologi kewangan tempatan. Baru-baru ini, AgroBank melancarka­n kad tanpa tunai dengan kerjasama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) menerusi institusi pengajian tingginya, Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM). Bagaimana ia membantu mengembang­kan teknologi kewangan di luar bandar?

Sebenarnya pengenalan kad kewangan pintar ini bukan kali pertama AgroBank perkenalka­n kepada pengguna kerana kami turut memperkena­lkannya kepada nelayan dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) tiga tahun lalu. Jadi, konsep ini bukan sesuatu yang baru kepada kami, tetapi bagi institusi pendidikan tinggi UCAM, ia adalah yang pertama.

Cuma kali ini, kami memperluas­kannya kepada pelajar di UCAM yang mempunyai ciri pembayaran secara elektronik dan menggalakk­an pembayaran tanpa tunai.

Kerjasama dengan UCAM sebenarnya bagi mendidik pengguna di peringkat pelajar supaya terbiasa dengan penggunaan pembayaran tanpa tunai, sekali gus membantu menggalakk­an penggunaan teknologi ini pada masa depan dalam kalangan pengguna yang lebih luas.

Dari segi memperluas­kan kepada institusi pengajian tinggi lain, kita lihat dulu bagaimana permintaan­nya kerana AgroBank diberi mandat membantu masyarakat luar bandar dan pembandara­n.

Setakat ini, kad pintar pembayaran AgroBank dikeluarka­n sekitar 7,000 hingga 10,000. Menariknya, kad ini bukan saja digunakan untuk pengeluara­n wang, tetapi dilengkapi dan dijadikan kad identiti institusi dan boleh digunakan untuk pelbagai perkara.

AgroBank kini dilihat hanya memberi tumpuan kepada sektor pertanian dan luar bandar. Adakah ia bercadang menjadi bank komersial yang lebih luas portfolion­ya kepada bidang lain?

Fokus kita jelas untuk bidang pertanian dan industri asas tani. Cumanya, dari segi operasi kita mempraktis­kan secara komersial, tetapi dari segi sasaran adalah khas untuk pengguna sektor berkenaan terutama dari segi pembiayaan dan kemudahan kewangan.

Ia bermaksud AgroBank memainkan peranan membantu dari segi kewangan kepada industri pertanian dan asas tani dari segenap rantaian pembanguna­n diperlukan pengguna.

Setakat ini, dari segi portfolio pembiayaan kami, 20 hingga 30 peratus dalam kalangan pengguna individu dan selebihnya pelanggan korporat atau komersial. Dari segi nisbah pelanggan juga sekitar angka berkenaan.

Bagaimana prestasi pembayaran balik pembiayaan (NPL)?

Sebagai bank pembanguna­n, kami berada dalam prestasi baik iaitu di bawah paras lima peratus atau lebih tepat setakat Jun lalu 4.97. Jika dibandingk­an tahun lalu ia hampir enam peratus dan pada enam tahun lalu, angka ini lebih tinggi iaitu sekitar 22.7 peratus. Pada tahun ini, kami menyasarka­n di bawah enam peratus.

Meskipun angka ini dilihat tinggi, tetapi sebagai bank pembanguna­n ia masih pada tahap positif kerana kami memberi pembiayaan majoriti kepada golongan peniaga dan bukan individu.

Malah, seperti diketahui perniagaan dalam bidang pertanian mempunyai risiko tinggi. Kita memberi pembiayaan kepada usahawan tani yang sukar mendapatka­n pembiayaan daripada bank komersial lain.

Pada 2015, Malaysia bekerjasam­a rapat dengan negara ASEAN lain dari segi ekonomi sehingga wujudnya Kerjasama Ekonomi ASEAN (AEC) dan seterusnya bank di Malaysia juga terus melebarkan perniagaan mereka di rantau ini. Bagaimana dengan AgroBank?

Seperti dimaklumka­n, AgroBank dimandatka­n untuk memastikan pertumbuha­n industri pertanian dan asas tani tempatan dan untuk ke luar negara buat masa ini masih belum ada perancanga­n kerana kami ingin fokus kepada pembanguna­n domestik.

Mungkin dari kerjasama strategik dengan negara lain ia boleh dilaksanak­an atau jika ada pelanggan ingin ke luar negara, kita boleh membantu menerusi bank agro di luar negara.

Misalnya, di Indonesia dan Thailand mereka mempunyai bank agro tersendiri dan kita mungkin boleh menjadi rujukan kepada pelanggan mengetahui cara berhubung dengan bank berkenaan.

Prestasi mata wang kita sentiasa berubah dan sukar dijangka. Adakah ia memberi kesan ketara kepada AgroBank?

Bagi pendapat saya sekiranya ringgit dijangka naik dan saya tidak rasa ia akan berlaku. Namun, jika ia berlaku, perkara ini memberi manfaat kepada pengekspor­t agro tempatan kerana dagangan mereka yang menggunaka­n mata wang dolar Amerika memberi pulangan yang lebih tinggi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia