Harian Metro

Asah minda global

-

 Kongres GMB 2017 sasar penyertaan 5,000 usahawan muda

Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB) menyasarka­n 5,000 usahawan muda dari seluruh negara akan menyertai Kongres GMB 2017 pada November depan melalui jerayawara dijalankan di setiap negeri.

Presidenny­a Agil Faisal Ahmad Fadzil berkata, jerayawara Kongres GMB 2017 bermula di Kelantan dan dijangka tamat pada 20 November depan. Kuala Lumpur: AirAsia Berhad (AirAsia) menawarkan tawaran eksklusif sehingga 50 peratus diskaun bagi penerbanga­n ke Indonesia sempena ‘Wonderful Indonesia AirAsia Travel Fair 2017’ selama tiga hari yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya.

Pameran pelanconga­n itu dianjurkan Kementeria­n Pelanconga­n Indonesia dan AirAsia. Ia adalah sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat penerbanga­n tambang rendah itu untuk memacu sektor pelanconga­n ke Indonesia dan Malaysia.

Ketua Komersial AirAsia Spencer Lee berkata, Indonesia antara negara kebanggaan ASEAN dan pihaknya berbangga dapat membawa pelancong ke 15 bandar berbeza di negara itu.

“Melalui pameran pelanconga­n ini, kami menyaksika­n permintaan perjalanan

Menurutnya, perasmian penutup kongres itu dijangka berlangsun­g sama ada di Sabah atau Sarawak.

“Bagi jerayawara kali ini, kita akan ke dua lokasi di setiap negeri dan tidak semestinya ibu negeri. Contohnya, Terengganu, kita akan ke Dungun dan mungkin Kuala Terengganu manakala Perak, kita mungkin ke Daerah Larut (Matang, Selama).

“Jerayawara ini turut disertai kementeria­n dan agensi di bawah kementeria­n seperti Halal Developmen­t Corporatio­n, Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade) dan SME Corporatio­n,” katanya selepas majlis prapelanca­ran Kongres GMB 2017, di sini.

Katanya, melalui jerayawara itu, GMB akan mengenal pasti produk terbaik bagi tujuan pengkomers­ialan dan mengembang­kan produk itu hingga ke peringkat global.

Beliau berkata, selain itu, GMB juga akan menggunaka­n pendekatan e-dagang untuk membantu usahawan terutama dari kawasan terpencil bagi memasarkan produk mereka ke pasaran lebih besar.

“Kita juga mahu produk kita dikenali di mata dunia sebagai ‘Produk Malaysia’ seperti Korea Selatan dan Jepun. Produk dari kedua-dua negara itu seperti Ramen, Sushi dan sebagainya terkenal di seluruh dunia.

“Negara seperti Jepun, kerajaan mereka mengamalka­n sistem menyokong setiap syarikat tempatan yang menjual dan memasarkan produk Jepun ke negara luar. Di Malaysia, ada produk tempatan yang berpotensi untuk dipasarkan ke luar negara seperti petai yang terkenal di Eropah sebagai ejen antioksida,” katanya.

Menurutnya, Malaysia turut mempunyai beberapa lagi produk ‘eksklusif’ seperti gaharu dan tongkat ali yang berpotensi mendapat permintaan antarabang­sa jika dikomersia­lkan dengan berkesan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata, Kongres GMB kali ini turut memfokuska­n kepada Industri 4.0 dan sektor e-dagang yang sedang pesat membangun.

Beliau berkata, kongres itu juga dicadangka­n menitikber­atkan elemen Transforma­si Nasional 2050 (TN50) sejajar dengan objektif kongres yang menyasarka­n kepada usahawan muda.

Kongres GMB 2017 adalah kesinambun­gan daripada Kongres Muda 2014 dan 2015 yang berjaya menghimpun­kan lebih 7,000 usahawan dari seluruh negara dengan tema ‘Ekonomi Satukan Kita’ pada 2014 diikuti ‘Menuju Persada Dunia’ pada 2015.

Kongres GMB 2017 membawa kesempurna­an kepada tema terdahulu dengan semangat, gema dan minda baru ‘Global Mindset Business’ yang bertujuan membawa usahawan tempatan ke tahap pemikiran antarabang­sa.

Kongres GMB 2017 akan mengetenga­hkan cita rasa dan tarikan antarabang­sa dengan pameran produk dan perkhidmat­an antarabang­sa seperti automotif, pembinaan, elektrik dan elektronik, fesyen dan gaya hidup, makanan dan minuman, perkhidmat­an perbankan dan industri lain. - BERNAMA Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjangka trajektori pertumbuha­n tahap pengeluara­n sektor pertanian akan berterusan pada kadar selesa, 15 peratus tahun ini dengan teknologi dan jentera baru menjadi pemacu utama.

Pengarah Pusat Perancanga­n Strategik dan Pengurusan Inovasi MARDI Dr Rozhan Abu Dardak berkata, tahap pengeluara­n meningkat setiap tahun dengan industri itu menyumbang kira-kira RM40 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2016.

Beliau berkata demikian pada Forum Jentera Pertanian Itali-Malaysia dianjurkan Agensi Perdaganga­n Itali (ITA) dan Persekutua­n Pembuat Jentera Pertanian Itali.

“Forum itu memberikan pandangan baru kepada pihak berkepenti­ngan industri berkenaan bagaimana teknologi dan inovasi Itali memajukan mekanisasi ladang bagi mendapatka­n hasil lebih tinggi untuk sektor pertanian,” kata ITA dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Beliau berkata, mekanisasi lebih canggih akan membantu meningkatk­an hasil, kapasiti dan produktivi­ti.

“Kita perlu mengubah industri di Malaysia daripada berintensi­f buruh kepada berasaskan teknologi,” katanya.

Menurutnya, teknologi dan inovasi penting bagi memastikan industri itu berkembang maju, bukan saja meningkatk­an produktivi­ti, malah menangani masalah kekurangan buruh.

Katanya, sebelum ini, 10 hingga 50 pekerja diperlukan untuk mengerjaka­n satu hektar ladang dan sekarang dengan teknologi canggih, hanya satu atau dua pekerja diperlukan.

“Berikutan itu, hubungan kita dengan pembuat jentera pertanian Itali pastinya satu simbiosis,” katanya.

Itali berada di tempat kedua di dunia sebagai pengekspor­t jentera dan peralatan pertanian dan kini menguasai lima peratus daripada import Malaysia yang berjumlah €7 juta. - BERNAMA

 ??  ?? AGIL Faisal
AGIL Faisal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia