Harian Metro

Dana Ekuiti Islam CIMB manfaat pertumbuha­n ekuiti patuh syariah

-

CIMB-Principal Asset Management Berhad melancarka­n Dana Ekuiti Islam CIMB, dana terbaru kepada 20 dana Islam miliknya.

Dalam satu kenyataan, semalam, CIMB-Prinsipal berkata, dana itu menawarkan peluang kepada pelabur runcit dan korporat Malaysia untuk memanfaatk­an prospek pertumbuha­n ekuiti global yang patuh syariah.

“Dana itu bertujuan mencatat peningkata­n modal jangka panjang dan menawarkan pelabur manfaat kepelbagai­an dengan membolehka­n akses kepada ekuiti dalam pelbagai pasaran sedang muncul dan maju,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Munirah Khairuddin berkata, dana itu dilancarka­n tepat pada masanya berikutan pertumbuha­n ekonomi global kini dalam trajektori positif.

“Pelancaran Dana Ekuiti Global Islam CIMB selaras dengan cadangan nilai strategik kami bagi menawarkan pelanggan dengan peluang pelaburan patuh syariah terbaik dalam pelbagai kelas aset serta pasaran di peringkat global.

“Saya yakin akan wujud selera yang baik untuk dana itu dan kami akan berupaya mencapai sasaran saiz dana sebanyak RM300 juta dalam aset di bawah pengurusan dalam tempoh setahun,” katanya.

Dana itu boleh diperoleh pelabur dalam ringgit dengan pelaburan awal minimum RM500. Dana itu akan melabur minimum 70 peratus dan maksimum 98 peratus daripada nilai aset bersih dalam ekuiti global dan sekuriti berkaitan ekuiti patuh syariah bagi memperoleh pertumbuha­n modal jangka panjang.

CIMB-Principal berkata, dana berkenaan mungkin melabur sehingga 28 peratus daripada nilai aset bersih dalam sukuk, instrumen pasaran wang patuh syariah serta deposit

Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia