Harian Metro

JILAT TEMBOK HILANG HAUS

- Daily Mail

 Pelajar sertai aktiviti teroka gua terperangk­ap tiga hari selepas ditinggalk­an tanpa disedari

Seorang pelajar menjilat lembapan pada tembok gua untuk menghilang­kan dahaga apabila terperangk­ap hampir tiga hari tanpa bekalan makanan atau minuman selepas terpisah daripada anggota persatuan peneroka gua universiti­nya.

Lukas Cavar, 19, pelajar di Universiti Indiana berkata, dia menyertai lawatan meneroka ke Gua Sullivan, Ahad minggu lalu, tetapi terpisah daripada 12 rakannya yang mengunci laluan masuk ke situ tanpa menyedari dia masih di dalam.

Lebih buruk lagi apabila telefon bimbitnya turut tiada isyarat dan jeritannya selama lapan jam tidak didengari disebabkan kawasan itu terlalu terpencil.

“Pada mulanya saya hampir panik, tetapi menarik nafas dan mengambil sedikit masa untuk menenangka­n diri serta memikirkan langkah bijak untuk bertahan sehingga mendapat bantuan,” katanya.

Menurutnya, dia pada mulanya cuba membuka mangga pada jeriji berkenaan menggunaak­n klip kertas tetapi gagal.

Demi bertahan, dia menggunaka­n pembalut snek tenaga yang dibawa bagi mengumpulk­an kelembapan dan botol air untuk menakung air hujan serta air gua.

Dia juga menjilat kelembapan pada dinding untuk menghilang­kan dahaga.

Kehilangan­nya hanya disedari Selasa lalu, apabila ibu bapanya tidak dapat mengesanny­a dan menghubung­i polis universiti.

Seorang rakan kemudian memaklumka­n ketua kelab berkenaan yang segera ke gua itu pada lewat Selasa lalu untuk menyelamat­kannya dan menemui Cavar sedang tidur di sebalik jeriji yang berkunci.

“Saya sangat gembira kerana masih hidup. Rasa macam diberikan peluang kedua,” kata Cavar yang kembali ke kelasnya.

Setakat ini, dia belum mempunyai perancanga­n untuk menyertai lawatan meneroka ke gua lagi.

Sementara itu presiden kelab berkenaan dalam satu kenyataan di laman webnya mengakui pihaknya gagal mematuhi protokol dan langkah keselamata­n sepenuhnya.

“Kami menganggap­nya kegagalan kepemimpin­an kerana tidak mematuhi semua langkah keselamata­n sewajarnya,” katanya.

 ??  ?? CAVAR
CAVAR
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia