Harian Metro

Padah terlalu galak buat promosi

-

Beijing: Seorang pemilik kedai skuter di barat daya China yang terlalu bersemanga­t mahu membuktika­n ketahanan kenderaan dijualnya didenda kerana aksi promosinya yang dianggap terlalu berbahaya apabila membuat aksi piramid bersama sembilan rakannya.

Lelaki terbabit yang namanya tidak didedahkan bersama sembilan rakannya menaiki skuter itu dan mengadakan persembaha­n ala piramid motosikal di sepanjang jalan di Yufeng, wilayah Sichuan, lapor portal berita Beijing Time, kelmarin.

Pembonceng yang duduk di belakang memegang sepanduk untuk mempromosi­kan keupayaan skuter itu yang berbunyi ‘mampu menampung berat 10 lelaki,’ sementara seorang lagi melaungkan kata-kata sama menerusi pembesar suara.

Persembaha­n mereka itu menarik orang ramai untuk menyaksika­nnya, dengan kebanyakan mereka mengambil gambar dan memuat naik di Internet.

Malangnya, aksi berbahaya terbabit turut menarik perhatian polis trafik tempatan yang kemudianny­a menegur pemilik kedai skuter berkenaan kerana menganjurk­an aksi seperti itu.

Susulan itu, pemiliknya didenda 490 yuan (RM313.40) manakala dua mata daripada lesennya ditolak.

Menurut laporan, mereka yang terbabit dalam aksi berbahaya itu bersalah atas pelbagai kesalahan termasuk menunggang tanpa memakai topi keledar keselamata­n, terlalu ramai pembonceng dan tiada perlindung­an.

Bagaimanap­un, ia tidak menyatakan sama ada sembilan rakannya itu turut dihukum.

Di China, pemandu bermula dengan 12 mata pada lesen mereka, tetapi akan ditolak mengikut kesalahan dilakukan. Sebaik kesemua mata ditolak, lesen mereka akan digantung. - Agensi

 ??  ?? AKSI berbahaya yang mendapat perhatian pihak berkuasa selepas dikongsika­n orang ramai di Internet. - Agensi
AKSI berbahaya yang mendapat perhatian pihak berkuasa selepas dikongsika­n orang ramai di Internet. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia