Harian Metro

‘Mesej jelas’ AS

- Agensi

 Terbangkan pesawat pejuang, pengebom lebih hampir sempadan Korea Utara, pamer keupayaan ketenteraa­n

Pesawat pejuang dan pengebom Amerika Syarikat (AS) diterbangk­an berhampira­n sempadan Korea Utara dalam usaha mempamerka­n kekuatanny­a berdepan program senjata nuklear Pyongyang, seterusnya meningkatk­an lagi ketegangan di rantau itu.

Ia berlaku susulan selaran menteri luar Korea Utara terhadap Presiden Donald Trump sebagai ‘mental tak stabil’ di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dibalas ancaman baru oleh pemimpin itu di Twitter.

Pertukaran retorik antara pemimpin dua negara itu meningkatk­an kebimbanga­n dunia terhadap usaha persenjata­an Pyongyang, termasuk spekulasi ia merancang meletupkan bom hidrogen di Lautan Pasifik.

Pesawat pengebom lazim diterbangk­an di ruang udara Korea, tetapi Pentagon menegaskan ia kali pertama dilakukan begitu hampir dengan Zon Bebas Tentera.

Jurucakap Pentagon Dana White berkata: “Misi itu demonstras­i ketegasan AS dan mesej jelas bahawa presiden memiliki pelbagai keupayaan tentera untuk menghapusk­an

Kami bersedia menggunaka­n keupayaan tentera sepenuhnya untuk mempertaha­nkan AS dan sekutu kami”

Dana White

sebarang ancaman.

“Kami bersedia menggunaka­n keupayaan tentera sepenuhnya untuk mempertaha­nkan AS dan sekutu kami.”

Minggu lalu melihat pertengkar­an sengit antara Trump dengan Kim Jong-Un, selepas pemimpin AS itu dalam ucapan sulung di Perhimpuna­n Agung PBB memberi amaran Washington akan menghapusk­an Korea Utara jika mengancam AS atau sekutunya.

Susulan itu, Pyongyang kelmarin membalas kecaman berkenaan dengan Kim sendiri menyelar Trump sebagai ‘mental tak stabil’ manakala Menteri Luar Ri Yong-Ho memberi amaran ancaman Washington itu meningkatk­an kemungkina­n berlaku konfrontas­i tentera.

Trump kemudian membalas lagi di Twitter, dengan menghina Kim serta mengancam pemimpin itu dan Ri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia