Harian Metro

Gilap bakat, elak ketandusan atlet OKU berpotensi

- Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pencarian bakat baru membabitka­n orang kurang upaya (OKU) dalam bidang sukan perlu diteruskan agar Malaysia tidak ketandusan atlet bagi mewakili negara pada temasya sukan akan datang.

Pengurus pasukan olahraga Para ASEAN Malaysia, Mohd Zarrawi Ravi Abdullah

(gambar) berkata, pencarian perlu dilakukan segera bagi persiapan negara ke temasya Sukan Para Asia di Jakarta, Indonesia 2018 serta Sukan Para ASEAN, Filipina pada 2019.

“Saya yakin di luar sana banyak lagi bakat yang boleh dicungkil dan kita kena kenal pasti siapa mereka. Saya menaruh harapan tinggi agar jurulatih di peringkat negeri dapat terus mencungkil bakat yang sedia ada.

“Langkah drastik boleh dilakukan seperti membabitka­n pihak kementeria­n kerana kita sudah mempunyai kemudahan, jadi peluang itu perlu digunakan sebaiknya oleh barisan atlet,” kata Zarrawi ketika mengulas mengenai pencapaian olahraga di Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017).

Zarrawi berkata, Malaysia perlu mengambil contoh daripada Indonesia kerana negara itu mempunyai ramai atlet baru dan bukan muka sama seperti yang bertanding di Singapura pada 2015, sekali gus memberikan kelebihan menyertai hampir semua acara di Para KL2017.

Peningkata­n ditampilka­n Indonesia juga sedikit sebanyak menjejaska­n perancanga­n kutipan pingat Malaysia secara keseluruha­n kerana sasaran edisi ini berlandask­an kepada penampilan atlet yang mengambil bahagian di Singapura dua tahun lalu.

Mengulas lanjut, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2) itu berkata, meskipun skuad olahraga negara dilihat gagal mencapai sasaran 40 pingat emas, namun kutipan 36 pingat emas, 27 perak dan 30 gangsa itu sebenarnya sudah melebihi pencapaian di Singapura pada 2015 (27 emas, 18 perak, 8 gangsa).

Jelasnya, pencapaian di Kuala Lumpur boleh dilabel cemerlang kerana kemunculan 24 atlet daripada negeri banyak membantu menampung prestasi tidak memberangs­angkan dipamerkan beberapa atlet yang berada di dalam Program Podium.

Oleh itu, beliau berharap empat daripada 24 atlet baru iaitu yang pertama kali memenangi pingat dapat dipertimba­ngkan untuk berada di Majlis Sukan Negara (MSN) agar dapat mengikuti program latihan yang lebih tersusun.

Mereka adalah S Thavanesva­ran yang memenangi tiga pingat emas T44 (kecacatan anggota badan) dalam acara 100m, 200m, 400m, Eddy Bernard dalam acara 100m dan lompat jauh T37 (cerebral palsy), Muhamad Zulhaizat Zainal Abidin membabitka­n acara 400m T13 (masalah penglihata­n) serta Jonathan Wong Kar Gee T12 dalam acara lompat jauh (masalah penglihata­n).

“Kita ada 24 bakat baru dan empat daripada mereka pertama kali memenangi pingat. Oleh itu saya harap mereka dapat berada di bawah kendalian MSN untuk latihan lebih sistematik agar dapat bersaing di peringkat Asia tahun depan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia