Harian Metro

Intai aksi final J

- Jugjet Singh jugjet@nst.com.my

ika berdasarka­n kepada kedudukan ranking dunia, skuad hoki Malaysian sepatutnya melangkah ke final Piala Asia yang berlangsun­g di Dhaka pada 11 hingga 22 Oktober ini.

Dan kapten, Shukri Mutalib berkata, tidak ada sebab mengapa Malaysia akan tewas di tangan pasukan yang menduduki ranking lebih rendah di Dhaka apatah lagi mereka sudah melayakkan diri ke Piala Dunia yang bakal berlangsun­g di India, tahun depan.

Di Dhaka, Malaysia yang menduduki ranking ke-12 dunia, berada dalam Kumpulan B bersama-sama Korea Selatan (13), China (18) dan Oman (30).

Saingan Kumpulan A pula menyaksika­n India (6), Pakistan (14), Jepun (17) dan Bangladesh (34).

“Tidak ada sebab mengapa kita akan tewas di tangan pasukan lebih rendah apatah lagi kita perlu perlu mempertaha­nkan maruah selaku pasukan yang sudah layak ke Piala Dunia.

“Justeru, saya harap semua yang terpilih untuk ke

(gambar)

Dhaka akan berusaha mengukuhka­n kedudukan negara di ranking dunia,” kata Shukri.

Malaysia menewaskan India 3-2 di suku akhir Pusingan Ketiga Liga Hoki Dunia di London, awal tahun ini sekali gus layak ke Piala Dunia.

Piala Asia turut menawarkan tiket ke kelayakan Piala Dunia tetapi hanya pasukan juara saja yang diberikan kelebihan berkenaan. Setakat ini, Malaysia, Pakistan dan India sudah mengesahka­n tempat.

Jurulatih, Stephen van Huizen berkata bahawa beliau akan membawa gabungan pemain baru dan lama ke Piala Asia kerana bagi skuad kebangsaan, kejohanan itu hanya menawarkan mata untuk memperbaik­i ranking.

Beliau bagaimanap­un masih belum memilih senarai 18 pemain yang akan dibawa.

“Jurulatih masih belum memilih 18 pemain lagi dan tidak ada sesiapa termasuk saya yang boleh menarik nafas lega. Pemain yang dipilih perlu membawa maruah sebagai pasukan yang sudah layak ke Piala Dunia dan memberikan aksi terbaik untuk mengalahka­n semua pasukan di ranking lebih rendah.”

Malaysia akan membuka

 Malaysia tidak boleh tewas kepada lawan di ranking lebih rendah di Dhaka

kempen dengan menentang China pada 11 Oktober.

“Kami mengalahka­n China dua kali tahun ini dan kita boleh menang sekali lagi,” kata Shukri.

Ketika Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia di Dhaka, Malaysia mengalahka­n China 5-3 menerusi penalti selepas terikat 2-2 pada masa sebenar.

Ketika Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, Malaysia menang 5-1.

Lawan Malaysia selepas itu ialah Korea Selatan (Malaysia menang 1-0 di London) manakala Oman yang menjadi lawan terakhir Malaysia dalam Kumpulan B, pernah dibelasah anak buah Van Huizen 6-1 di Dhaka.

 ??  ?? STEPHEN (tengah) bersama pemain ketika sesi latihan skuad hoki negara.
STEPHEN (tengah) bersama pemain ketika sesi latihan skuad hoki negara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia