Harian Metro

1,400 atlet bakal meriahkan SIPMA

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Seramai 1,400 atlet bakal memeriahka­n Kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2017 yang dijadualka­n bermula 2 Oktober ini.

Kejohanan kali ketujuh itu menyenarai­kan tujuh acara sukan iaitu bola sepak, bowling, badminton, skuasy, olahraga, renang dan hoki.

Sebanyak lapan institusi pendidikan sudah mengesahka­n penyertaan iaitu Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Majlis Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (MASISWA), Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (MSIPGM), Majlis Sukan Kolej Vokasional (MASKOV), Majlis Sukan Matrikulas­i Malaysia (MSMM), Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM) dan Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM).

Timbalan Pengarah Bahagian Sukan Kementeria­n Pendidikan, Zainal Abas berkata, pihaknya menjangkak­an atlet bertanding kali ini mampu mencapai kejayaan membanggak­an.

Katanya, kehadiran beberapa atlet kebangsaan juga dijangka memeriahka­n kejohanan iaitu daripada acara olahraga seperti Badrul Hisyam Abdul Manap dan Jonathan Nyepa.

“Raja pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan juga boleh bertanding jika sempat pulih daripada kecederaan,” katanya dalam sidang media di Audotirium Jabatan Pendidikan Pahang, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Sektor, Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n Jabatan Pendidikan Pahang, Mohd Raauf Jali.

Venue bagi sukan renang ialah di Pusat Akuatik Majlis Perbandara­n Kuantan (MPK), Dewan Taman Polo (badminton), Megalanes (bowling), padang MPK 1 (bola sepak), Stadium Darul Makmur (olahraga), Stadium Hoki Kuantan (hoki), Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad (skuasy).

Untuk rekod, MSSM adalah juara keseluruha­n SIPMA sejak 2005 manakala MASKOV kali pertama menyertai kejohanan pada edisi ketujuh ini.

 ??  ?? ZAINAL (enam dari kiri) bergambar dengan barisan pegawai institusi pendidikan selepas melancarka­n logo, maskot dan lagu tema Kejohanan SIPMA di Jabatan Pendidikan Pahang, Indera Mahkota, baru-baru ini.
ZAINAL (enam dari kiri) bergambar dengan barisan pegawai institusi pendidikan selepas melancarka­n logo, maskot dan lagu tema Kejohanan SIPMA di Jabatan Pendidikan Pahang, Indera Mahkota, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia