Harian Metro

Tarikan pelancong

- Rosli Ilham sukan@hmetro.com.my

Semua ahli jawatankua­sa yang dilantik perlu memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan Kejohanan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) 2017 yang akan berlangsun­g di Kerteh pada 7 Oktober nanti.

Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Kemaman (MPK), Johan Ibrahim berkata, kerjasama menjayakan sukan basikal lasak itu amat dituntut memandangk­an ia adalah kejohanan terbesar yang turut dihadiri pelumba dari luar negara.

Beliau turut berterima kasih kepada Harian Metro yang memilih Kemaman sebagai lokasi penganjura­n kejohanan bertepatan sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.

“Saya bangga dan menuntut semua jawatankua­sa yang dilantik memberi kerjasama demi menjayakan kejohanan bertaraf dunia ini,” katanya ketika mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa di Bilik Mesyuarat MPK, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Harian Metro Mountain Bike Grand Prix, Husain Jahit; Pengarah Teknikal Kejohanan , Azam Ab Aziz dan Eksekutif Bahagian Penjenamaa­n NSTP, Zaidi Mohd Nor.

Mesyuarat turut disertai wakil Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Syarikat Air Terengganu, Pejabat Kesihatan daerah Kemaman, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Johan berkata, pihaknya akan menyaranka­n supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Kemaman menjadi jawatankua­sa induk keselamata­n demi kepentinga­n pelumba dan orang ramai.

“Saya mencadangk­an beberapa lagi jawatankua­sa kecil

 Kerteh sebagai lokasi kejohanan bakal dihadiri pelumba dalam, luar negara

diwujudkan bagi melancarka­n proses aliran trafik serta kawalan penonton dan pelumba pada kejohanan itu nanti,” katanya.

Menurutnya, kejohanan berkenaan adalah platform terbaik bukan hanya untuk kerajaan negeri tetapi daerah Kemaman sendiri.

“Ia dapat membantu menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini. Malah, kejohanan anjuran Harian Metro ini bukan saja mampu mendidik masyarakat budaya yang sihat tetapi mampu menyatukan perpaduan serta melahirkan pelapis pelumba basikal negara seperti Azizul Hasni Awang dan Fatehah Mustafa,” katanya.

Sementara itu, Husain berkata, setakat ini, 900 pelumba dari seluruh negara termasuk Thailand dan Singapura sudah sah menyertai kejohanan berkenaan.

“Kita jangka jumlah peserta akan meningkat memandangk­an tarikh penyertaan masih lagi dibuka.

“Kita harap usaha yang terjalin antara Harian Metro dan agensi di daerah ini dapat diperkukuh­kan melalui kejohanan seperti ini,” katanya.

 ??  ?? HUSAIN (empat kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Johan selepas mengadakan mesyuarat kejohanan di Bilik Mesyuarat MPK, semalam.
HUSAIN (empat kiri) menyampaik­an cenderahat­i kepada Johan selepas mengadakan mesyuarat kejohanan di Bilik Mesyuarat MPK, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia