Harian Metro

Haatyai MTB Thailand Team buru podium

- Nazdy Harun sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Latihan secara berterusan akan menjadi kunci utama kepada pasukan Haatyai MTB Thailand Team bagi memburu kejuaraan podium dalam saingan Harian Metro Mountain Bike (HMMTB) Grand Prix 2017 di Kerteh pada 7 Oktober ini.

Ketua pasukan Haatyai MTB Thailand Team, Mayusoh Mohden, 46, berkata, seramai enam pelumba daripada pasukannya akan bersaing dalam kejohanan berkenaan.

Menurutnya, pelumba yang akan bersaing dalam beberapa kategori di kejohanan itu berusia antara 19 hingga 46 tahun.

Katanya, kesungguha­n dalam latihan selain pengalaman menyertai pelbagai kejohanan sama ada di Malaysia atau Thailand memberi impak positif dalam misi kepada pasukannya memburu kemenangan dalam setiap penyertaan.

“Kami tahu cabaran tetap hebat kerana peserta dari Malaysia ramai juga yang berpengala­man kerana persaingan di Kerteh nanti dilihat masih terbuka dan setiap pelumba mampu merangkul kemenangan.

“Selain itu, kami mengharapk­an taktikal yang dirancang nanti akan menjadi sekali gus membantu pelumba kami berada di podium,” katanya.

Menurutnya, pasukannya juga tidak terlalu mengharapk­an kedudukan di podium kerana menyertai perlumbaan basikal bukit sudah menjadi minta pelumbanya.

Katanya, dia sendiri tidak pasti keadaan trek perlumbaan di Kerteh nanti sama ada ia mencabar atau sebaliknya dan berharap penyertaan pasukannya nanti akan dapat memberi kepuasan tersendiri.

“Dengan ada penganjura­n kejohanan seperti ini, ia dapat memberi peluang kepada pasukan kami untuk menyertai perlumbaan di luar Thailand sekali gus dapat membantu pasukan mengutip pengalaman,” katanya.

Mayusoh berkata, perlumbaan basikal bukit bukan semudah seperti yang dilihat kerana bentuk muka bumi boleh membuatkan seseorang pelumba cepat penat dan sekiranya hilang fokus sebarang kejadian tidak diingini boleh berlalu.

 ??  ?? PASUKAN Haatyai MTB Thailand Team bergambar sebelum latihan.
PASUKAN Haatyai MTB Thailand Team bergambar sebelum latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia