Harian Metro

KDRC hantar 10 pelumba

-

Dungun: Kelab Dok Rok Chetong (KDRC) sedang membuat persiapan bagi menghadapi Kejohanan Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) 2017 di Kerteh, Kemaman pada 7 Oktober nanti.

Presiden KDRC Mohd Nazri Wahab berkata, pihaknya menyasarka­n seramai 10 pelumba dari kelab itu akan menyertai kejohanan itu.

Menurutnya, pasukannya ketika ini menjalani latihan bagi memperting­katkan stamina untuk bersaing dengan pelumba lain di kejohanan berkenaan.

“Pasukan kami menjalani latihan pada Jumaat dan Sabtu setiap minggu di trek di sekitar Kampung Cabang di Kerteh.

“Kami tidak meletakkan sebarang sasaran pada kejohanan itu nanti tetapi sebaliknya mahu mencari kepuasan dan menyokong kejohanan yang dianjurkan akhbar Harian Metro (HM) ini,” katanya.

Mohd Nazri berkata, pihaknya juga mengambil kesempatan untuk menyertai kejohanan kali ini selepas melihat kemeriahan perlumbaan siri pertama yang diadakan di Bukit Merah, Perak sebelum ini.

Menurutnya, kelabnya tidak menghantar penyertaan dalam kejohanan di Bukit Merah itu dan pihaknya tidak mahu melepaskan peluang apabila perlumbaan siri kedua diadakan di Kerteh.

“KDRC yang ditubuhkan sejak 2014 bermula dengan enam pelumba tetapi jumlah itu semakin bertambah dan kini secara rasminya kami mempunyai seramai 15,” katanya.

Menurutnya, dalam kejohanan di Kerteh itu nanti kelabnya akan menghantar pelumba untuk menyertai kategori Men Junior dan Open manakala ahli yang lain akan bertindak sebagai krew pembantu pihak penganjur.

“Kami akan membantu pihak urusetia dalam melaksanak­an kerja membina litar kejohanan dan juga persiapan tempat untuk melancarka­n perjalanan kejohanan itu nanti.

“Kami juga akan membantu menyediaka­n sebanyak 42 motosikal, 35 krew statik serta empat kenderaan pacuan empat roda bagi kejohanan itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia