Harian Metro

Tak sabar aksi ‘pertama’

- Farah Azharie farahazhar­ie@nst.com.my

 Durriyah tampil di Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia sebagai pemain profesiona­l

Nur Durriyah Damian tidak sabar untuk mempamer aksi di depan penyokong sendiri apabila tampil di Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia yang juga penampilan pertamanya sejak bergelar pemain profesiona­l, bulan lalu.

Durriyah, 22, mengambil keputusan untuk beralih kepada profesiona­l selepas memenangi gangsa di temasya Sukan SEA bulan lalu dan akan bersaing di TPC Kuala Lumpur untuk mengharung­i kejohanan yang dijadualka­n berlangsun­g pada 26 hingga 29 Oktober.

“Setakat ini saya tidak meletakkan apa-apa sasaran tetapi saya akan cuba yang terbaik,” katanya.

Juara Terbuka Amatur Wanita Thailand 2016 itu menambah, dia akan berusaha menambah pengalaman bagi mengikut jejak pemain Malaysia lain yang sudah melangkah ke Jelajah LPGA seperti Jean Chua dan Kelly Tan.

“Saya akan lebih banyak bersaing untuk diri sendiri berbanding negara dan keadaan itu memberi peluang buat saya untuk mencabar kebolehan diri bagi menjadi pemain yang lebih baik.”

Sementara itu, Durriyah berkongsi pendapat mengenai apa yang perlu dilakukan Persatuan Golf Malaysia (MGA) dan Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA) untuk melahirkan lebih ramai pemain yang mampu memenangi pingat Sukan SEA.

“Golf adalah sukan yang mahal dan bagi mereka yang tidak mampu, ia pasti sesuatu yang sangat sukar.

“Itulah sebabnya mengapa tidak ramai pemain golf junior di Malaysia dan kelompok pemain pelapis kita juga sangat kecil jika dibandingk­an dengan negara seperti Thailand, Korea, Australia dan lain-lain,” katanya.

Durriyah turut menambah, pemain golf kebangsaan perlu menjadi contoh yang baik buat generasi muda sekali gus menarik minat mereka untuk menyertai sukan berkenaan.

“Mereka yang sudah berjaya boleh membantu membangunk­an sukan itu dengan berkongsi pengetahua­n serta pengalaman masing-masing.”

Turut menyertai Durriyah di Kejohanan Golf Sime Darby LPGA Malaysia ialah Natasha Andrea Oon, Aretha Pan, Winnie Ng, Liyana Durisic, Michelle Koh dan Zulaikah Nurziana Nasser.

 ??  ?? DURRIYAH ketika mewakili Malaysia pada Sukan SEA lalu.
DURRIYAH ketika mewakili Malaysia pada Sukan SEA lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia