Harian Metro

Felicia kini tumpu SPM

- Mohd Khairie Khalid khairie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Selepas menamatkan saingan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017), tumpuan Felicia Mikat (gambar) kini terarah kepada persiapan untuk menghadapi peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadual bermula November ini.

Atlet olahraga para itu berkata, pelajaran turut menjadi sebahagian daripada perkara penting kerana ia bakal menjadi bekalan sempurna buat dirinya dan keluarga pada masa depan.

Jelas atlet berusia 18 tahun ini, ketika bersaing di temasya Para ASEAN dan Kem Pusat Latihan Akhir Para KL2017 lalu, dia turut mencuri masa yang ada dengan sebaik-baiknya bagi mengulang kaji pelajaran.

“Tahun ini saya akan menghadapi SPM dan saya sasar mendapatka­n 2A iaitu dalam subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral kerana untuk SPM saya ambil tujuh subjek.

“Saya harap dapat buat sebaiknya kerana salah satu matlamat hidup adalah untuk membantu keluarga, beri mereka kebahagiaa­n setakat yang saya mampu.

“Kalau ada rezeki saya ingin memasuki universiti, tapi kalau tak ada saya akan teruskan latihan macam biasa dan cita-cita saya hendak menjadi seorang jurulatih,” kata Felicia yang turut berharap mampu bersaing di Sukan Paralimpik satu hari nanti.

Atlet dari Sabah itu mengaku tidak kecewa meskipun sekadar meraih tiga pingat gangsa dalam acara 100 meter (m), 200m dan 400m wanita T13 (masalah penglihata­n) di Para KL2017, berbanding tiga emas acara sama di Singapura 2015.

Kata anak ketiga daripada empat beradik itu, sejak tahun ini dia sudah mengehadka­n masa latihan berbanding sebelum ini kerana sedar perlu memberikan tumpuan kepada SPM.

Felicia berkata, dia sudah melakukan yang terbaik di sini serta memperbaik­i catatan masa meskipun bersaing dalam keadaan cedera yang dialami kira-kira dua minggu sebelum Para KL2017 membuka tirai.

Skuad olahraga para menutup tirai dengan 36 pingat emas, 27 perak dan 30 gangsa, menjadikan 93 pingat secara keseluruha­n sepanjang lima hari saingan yang berlangsun­g di Stadium Nasional Bukit Jalil.

 ??  ??
 ??  ?? FELICIA memperaga pingat gangsa acara 100m kategori T13.
FELICIA memperaga pingat gangsa acara 100m kategori T13.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia