Harian Metro

Barca perit atasi pendatang baru

- AFP

 Catat kemenangan keenam berturut-turut selepas atasi Girona

Barcelona mengekalka­n permulaan sempurna dalam La Liga Sepanyol dengan kemenangan keenam berturut-turut ketika Luis Suarez dan dua gol sendiri membantu kemenangan 3-0 di Girona pada perlawanan yang dicemari dengan ketegangan politik, awal pagi semalam.

Real Madrid kekal tujuh mata di belakang Barca berikutan dua gol Dani Ceballos dalam penampilan sulungnya membantu mereka menang 2-1 di Alaves semalam sekali gus melonjak ke tangga keempat.

Girona menjadi hos Barca dalam pertembung­an jiran Catalunya buat kali pertama dalam liga utama namun perlawanan berat sebelah itu dicemari oleh laungan dan nyanyian penonton mendesak kemerdekaa­n Catalunya.

“Perlawanan ini mempunyai masalah tersendiri,” ujar bos Barca, Ernesto Valverde.

“Ia satu pertembung­an jiran setempat, suasana hebat dan tegang. Ia normal, tapi kami bermain dengan baik.”

Di tengah padang pula kurang kontrovers­i apabila Barca jarang diancam selepas Aday Benitez tertampan masuk percubaan Jordi

Alba ke dalam golnya sendiri selepas hanya 17 minit.

Satu lagi gol sendiri melebarkan kelebihan mereka tiga minit selepas rehat apabila penjaga gol Gorka Irairoz terpedaya dengan acahan Suarez dan tertampan masuk hantaran silang Aleix Vidal.

Suarez melengkapk­an jaringan dengan gol keduanya musim ini apabila merembat kencang melepasi Irairoz daripada umpanan Sergi Roberto.

Di Mendizorro­za, Madrid sekali lagi mensia-siakan banyak peluang di depan gol namun masih cukup bagus buat Alaves yang belum meraih sebarang mata selepas enam perlawanan.

“Hari ini kami memerlukan tiga mata. Kami tidak begitu cemerlang tapi pastinya kami akan bermain lebih bagus selepas perlawanan ini,” kata bos Real, Zinedine Zidane.

 ??  ?? PEMAIN Barcelona, Lionel Messi diasak pemain Girona, Bernardo Espinosa di Stadium Montilivi .
PEMAIN Barcelona, Lionel Messi diasak pemain Girona, Bernardo Espinosa di Stadium Montilivi .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia