Harian Metro

Teruskan momentum: Guardiola

-

Manchester: Pep Guardiola mencabar pemain bintang Manchester City supaya terus menyengat ketika mereka dilihat mampu mengekalka­n kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris.

Pasukan kendalian Guardiola mengatasi Manchester United menerusi perbezaan gol selepas membenam pasukan tercorot Crystal Palace 5-0 di Eastlands, kelmarin.

City kini menjaringk­an 16 gol dalam tiga aksi liga divisyen utama namun Guardiola meminta lebih banyak daripada pemainnya selepas mereka bergelut untuk menterjema­hkan dominasi kepada gol pada babak pertama.

“Tiada siapa mahu mengambil bola dan mula bermain, jadi ia mengambil masa lima atau 10 saat sebelum seseorang bergerak dan mengambil bola itu,” katanya.

“Apabila ia berlaku, semua perkara akan lembap. Budak pengutip bola lembap, setiap orang lembap.

“Kami perlu mencipta situasi yang tidak kami cetuskan dalam babak pertama.”

Persembaha­n City selepas rehat melegakan Guardiola dan menghampir­i apa yang dimahukan menjelang kunjungan pasukannya ke Shakhtar Donetsk dalam aksi Liga Juara-Juara, Selasa ini.

“Saya amat mengenali Shakhtar ketika saya di Barcelona dan Bayern Munich,” katanya.

“Mereka mampu mengalahka­n satu daripada pasukan terbaik dunia ketika ini.

“Kami tidak boleh terganggu kerana dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara kami perlu berwaspada.”

Leroy Sane membuka tirai jaringan buat City di Stadium Etihad pada minit ke-44 sebelum Raheem Sterling menyumbang dua gol (m-51 dan 59) diikuti gol Sergio Aguero (m-79) dan pemain gantian Fabian Delph (m-89). - AFP

 ??  ?? MIGNOLET (kiri) menghalang sepakan penalti Vardy.
MIGNOLET (kiri) menghalang sepakan penalti Vardy.
 ??  ?? STERLING sumbat dua gol.
STERLING sumbat dua gol.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia