Harian Metro

KEMENANGAN SUNTIK NADI LIVERPOOL

- AFP

London

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp menegaskan pasukannya semakin meningkat di sebalik tekanan yang mereka hadapi selepas tidak menang dalam empat perlawanan terdahulu yang berakhir dengan kemenangan 3-2 di Leicester City, awal pagi semalam.

Pasukan Klopp dikritik hebat ketika barisan serangan bertaraf dunia gagal menggunaka­n peluang manakala benteng pertahanan yang lemah menyebabka­n pintu gol sering dibolosi.

Jaringan Mohamed Salah, Philippe Coutinho dan Jordan Henderson menyelesai­kan satu daripada masalah itu ketika Reds menang di Leicester dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Namun, pada perlawanan yang mana Liverpool mengancam untuk mendominas­i apabila mendahului 2-0 berakhir dengan benteng mereka bocor menerusi gol Shinji Okazaki dan Jamie Vardy.

Mereka juga hampir dipaksa seri namun terselamat berikutan tindakan tangkas Simon Mignolet yang menghadiah­kan lawan tendangan penalti namun menebus kesilapan itu dengan menafikan sepakan penalti Vardy.

Klopp berkata: “Saya fikir kami berhak menang. Ia hari yang bagus. Saya suka bagaimana kami berjuang meraih keputusan ini. Selepas beberapa perlawanan tidak menang anda perlu kembali bangkit.

“Kami berasa kami kini dalam laluan yang bagus tapi kami perlu membuktika­nnya dengan keputusan jadi setiap orang boleh melihatnya. Anda boleh lihat ketika 2-0 permainan kelihatan agak berbeza, kami mahu menguasain­ya, tapi ia terlalu awal.

“Saya tahu mengenai tekanan, saya sebenarnya berdepan tekanan sepanjang hidup saya kerana beberapa alasan.

“Tekanan, apabila ia satu tekanan yang tepat, sering kali membantu. Kami mahu berjaya, kualiti yang kami miliki ini adalah tindak balas di bawah tekanan. Selepas beberapa perlawanan tanpa keputusan yang bagus kami perlu bangkit dan itulah yang kami lakukan.”

Salah membuka tirai jaringan buat Liverpool pada minit ke-15 menerusi tandukan kencang dari sudut sukar.

Reds dilihat akan menang mudah apabila Coutinho melencongk­an sepakan percuma mengagumka­n pada minit ke-23.

Leicester membalas semula menerusi Okazaki pada masa kecederaan babak pertama namun ketinggala­n lagi apabila Henderson melengkapk­an satu serangan balas pantas pada minit ke-68 sebelum tuan rumah bangkit sekali lagi melalui tandukan Vardy seminit kemudian.

 Klopp lega Reds menang selepas hambar 4 aksi lalu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia