Harian Metro

Banyak lagi kerja rumah

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

Pengendali skuad bawah 16 tahun negara (B-16), Lim Teong Kim mengaku masih banyak kerja rumah yang perlu dilakukan untuk memantapka­n pasukannya selepas beberapa kelemahan dapat dihidu ketika tumbang 0-4 di tangan Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan J, Kelayakan Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Wibawa Mukti, Bekasi, Indonesia, semalam.

Malaysia yang menamatkan cabaran di tangga kedua di belakang jaguh Asia itu bagaimanap­un sudah mengesahka­n tempat ke pusingan akhir lebih awal menerusi slot selaku pasukan tuan rumah yang bakal berlangsun­g tahun depan.

“Apabila kita bertanding sesuatu kejohanan, sudah pasti kita mahukan kemenangan dan itulah sasaran utama apabila hadir ke sini.

“Boleh lihat pemain kita sudah cuba macam-macam tetapi Jepun dilihat lebih kuat berbanding kita.

“Mereka bukan calang-calang pasukan, malah persembaha­n mereka begitu berkualiti dan kita masih ada masa untuk perbaiki segala kelemahan sebelum kejohanan sebenar bermula tahun depan,” katanya pada sidang media sejurus tamat aksi kedua-dua pasukan.

Selepas gah menjadikan Singapura dan Guam sebagai ‘lauk’ dalam dua aksi pertama, skuad muda negara gagal meneruskan rentak cemerlang itu apabila skuad Samurai Biru menunjukka­n realiti sebenar bola sepak antarabang­sa.

Skuad kendalian Kenji Arima jelas menguasai sebahagian besar permainan dan hasilnya mereka mendahului dua gol pada babak pertama menerusi jaringan Yuji Yoshida pada minit ke-23 sebelum Keita Ueda menambah gol kedua selang empat minit kemudian.

Jepun terus menghukum kelemahan pertahanan negara pada babak kedua menerusi Keita Nakano (m-49) dan Yusuke Aoki (m-73) untuk meraih kemenangan ketiga berturut-turut selepas mereka turut membelasah Guam 20-0 dan Singapura 11-0.

“Terdapat beberapa kelemahan berjaya dikenal pasti hasil daripada perlawanan ini dan saya perlu segera memperbaik­inya. Apapun, pemain kita sudah jauh meningkat berbanding sebelum ini,” katanya.

 Teong Kim kenal pasti kelemahan pasukan selepas anak buah tewas 0-4 kepada Jepun

 ??  ?? ANTARA aksi skuad B-16 (jersi kuning hitam) ketika menentang Jepun.
ANTARA aksi skuad B-16 (jersi kuning hitam) ketika menentang Jepun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia