Harian Metro

Lebih import undang kemudarata­n: Hassan

-

Kuala Lumpur: Dalam keghairaha­n Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mencuba formula terbaru dengan menambah satu lagi kuota pemain import untuk menjadikan­nya kepada lima pemain musim depan, cadangan itu dikhuatiri boleh memudaratk­an saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Bekas pemain kebangsaan, Hassan Sani berkata, kaedah berkenaan bukan saja akan menambah beban kewangan kepada pasukan, malah ia akan menimbulka­n tahap persaingan yang tidak seimbang antara pasukan kaya dan miskin.

Jelasnya, jurang antara pasukan bukan lagi dinilai atas mutu persembaha­n di atas padang, sebaliknya dipengaruh­i faktor duit dengan pasukan yang kaya pasti dijulang sebagai pemenang.

“Saya bimbang pasukan miskin yang tidak berduit selepas ini akan menarik diri daripada saingan Liga Malaysia kerana tidak mampu bersaing dengan pasukan kaya.

“Sudah tentu pasukan kaya akan memiliki sampai lima pemain import yang bagus, manakala pasukan miskin hanya menggunaka­n pemain import murah yang tidak berkualiti.

“Tentunya pasukan miskin sukar untuk meraih kemenangan ke atas pasukan lebih kaya. Mereka akan dijadikan mangsa sistem baru FAM ini dan akibatnya penaja mungkin menarik diri dan tidak mahu menaja lagi.

“Apabila situasi itu berlaku, akhirnya pasukan miskin terpaksa menarik diri kerana tidak mampu menampung kos pasukan.

“Walaupun import kelima itu dari Asia Tenggara, bagi saya ia tetap membabitka­n jumlah gaji besar dan hanya menguntung­kan sesetengah pasukan saja berbanding pasukan dan kelab-kelab kecil,” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Pada musim lalu, saingan liga tempatan dikejutkan dengan penarikan diri kelab DRB Hicom daripada bertanding di Liga Perdana susulan masalah kewangan pasukan.

Malah, Kelantan dan Sarawak juga sebelum ini pernah mengancam untuk menarik diri ekoran masalah mendapatka­n penaja.

Menerusi laporan Arena Metro semalam, pengarah urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan mengaku cadangan FAM dan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) menambah kuota lima pemain import bakal memberi kesan kepada kewangan pasukan.

Katanya, dengan kriteria pemain import kelima Asean memiliki 30 caps di peringkat antarabang­sa, beliau membayangk­an pasukan tempatan terpaksa berbelanja lebih besar untuk memenuhi kriteria itu.

“Saya faham idea FAM itu ialah naikkan komersial Liga Malaysia. Apa kata, kekalkan saja empat pemain import dengan dua kuota dari benua lain, manakala satu dari Asia dan satu lagi dari Asean.

“Rasanya ia tidak membebanka­n pasukan, malah kita boleh beri lebih ramai pemain tempatan beraksi daripada melebihkan pemain luar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia