Harian Metro

‘Jadikan semangat Kim Swee inspirasi’

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Langkah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyambung kontrak pengendali skuad Bawah 22 Tahun negara (B-22), Datuk Ong Kim Swee harus menjadi motivasi buat semua jurulatih di negara ini untuk berbakti kepada pasukan negara pada masa depan.

Bekas pemain kebangsaan, Ramli Junit berkata, kesediaan FAM menyambung kontrak Kim Swee bagi memantapka­n persiapan menghadapi saingan B-22 Piala AFC di China tahun depan membuktika­n pengendali tempatan sering menjadi pilihan badan induk bola sepak negara.

Menurutnya, langkah itu juga dilihat sebagai satu motivasi terbaik kepada pengendali muda di negara ini yang kini kebanyakan menjadi pembantu jurulatih di pasukan negeri, kelab atau skuad Piala Presiden dan Belia.

“Apa yang pasti, mereka perlu terus meningkatk­an ilmu dan pengetahua­n selain sentiasa belajar dan mengikut kursus yang dianjurkan FAM, badan bola sepak Asia dan badan induk dunia, FIFA.

“Kelebihan yang ada di kalangan pengendali tempatan adalah kefahaman mereka terhadap budaya dan keperluan pemain tempatan berbanding pengendali asing, namun dalam masa sama mereka perlu lebih banyak belajar sesuatu yang baru,” katanya.

Beliau berkata, pemilihan jurulatih tempatan untuk membimbing pasukan Malaysia juga satu penghormat­an buat pengendali.

Bagaimanap­un, beberapa

jurulatih muda sering ‘hilang’ di pertengaha­n jalan akibat komitmen lain termasuk minat yang lupus akibat masalah peribadi dan agenda yang berubah mengikut situasi semasa.

Mengulas mengenai skuad Ong Kim Swee, beliau berkata, keserasian pemain di bawah bimbingann­ya mampu memberi impak kepada pencapaian pasukan itu di China kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia