Harian Metro

Usah harap jurulatih saja

- Mohamad Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

 Pemain tempatan perlu ada latihan tambahan untuk meningkatk­an prestasi

Majoriti pemain tempatan masih belum sedar mengenai apa yang perlu dilakukan untuk bersaing dengan pemain import bagi merebut tempat dalam skuad utama pasukan masing-masing.

Ia berikutan ramai pemain dilihat hanya mengharapk­an latihan bersama jurulatih tanpa mementingk­an latihan tambahan untuk meningkatk­an prestasi sendiri seperti yang disuarakan bekas jurulatih Harimau Malaya, B Sathianath­an.

Malah, bekas pemain kebangsaan, Hairuddin Omar

turut menyokong pandangan Sathianath­an yang menyifatka­n pemain perlu mencari inisiatif sendiri untuk meningkatk­an prestasi mereka termasuk melakukan latihan tambahan dan menjaga disiplin terutama dari aspek pemakanan serta waktu tidur.

Hairuddin yang juga Presiden

(gambar)

Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) berkata, latihan tambahan sebenarnya antara inisiatif sendiri yang menjadi kunci utama buat pemain mencipta kejayaan dalam kerjaya mereka.

“Memang latihan tambahan sebenarnya tidak menjadi amalan biasa buat pemain kita sedangkan ia adalah faktor penting untuk meningkatk­an prestasi.

“Ia juga menjadi antara faktor pemain macam saya, Indra (Putra Mahayuddin) dan Shukor (Adan) boleh bertahan lama (dalam arena bola sepak) kerana kami pentingkan latihan tambahan.

“Kita tidak boleh harapkan hanya latihan yang diberi jurulatih saja, ada ketika jurulatih hanya akan fokus kepada bahagian tertentu dalam latihan.

“Jadi, kita sebagai penyerang seharusnya ada inisiatif sendiri untuk berlatih dan mempertaja­mkan penyudah,” kata bekas pemain berusia 37 tahun itu.

Hairuddin atau lebih dikenali sebagai Hai O termasuk dalam senarai nama pemain yang disebut Sathianath­an yang ‘rajin’ melakukan latihan tambahan selepas berlatih bersama pasukan.

Usaha lebih keras perlu dilakukan pemain tempatan bagi merebut tempat dalam skuad utama musim depan selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bercadang menambah satu lagi kuota import untuk pemain Asia Tenggara dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

 ??  ?? INDRA (tengah) antara pemain veteran yang masih bertahan dalam saingan Liga Super.
INDRA (tengah) antara pemain veteran yang masih bertahan dalam saingan Liga Super.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia