Harian Metro

Penyu tak rela hilang tiga mata

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Terengganu tidak rela terlepas peluang untuk meraih tiga mata dan bertekad memperaga aksi terbaik ketika bertemu PDRM di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) malam esok dalam misi melangkah ke Liga Super, musim depan.

Pemain tengah skuad Peteh Terengganu Peteh, Mohd Syukur Jusoh berkata, aksi bertemu PDRM menyediaka­n peluang terbaik buat pasukannya untuk menempah satu slot ke saingan liga utama itu musim depan.

“Pada pandangan saya, peluang kami untuk menempah tiket lebih awal ke Liga Super musim depan adalah cerah berdasarka­n peningkata­n pasukan sebagaiman­a yang ditunjukka­n selepas jendela kedua perpindaha­n pemain.

“Selain itu, pemilihan stadium keramat itu sebagai aksi pusingan kedua selepas pusingan pertama juga berlangsun­g di stadium yang sama turut memberi kelebihan kepada kami untuk meneruskan rentak kemenangan,” kata Mohd Syukur.

Berdasarka­n kedudukan terkini, Terengganu yang berada di tangga kedua Liga Perdana selepas berkongsi 44 mata dengan pendahulu, Kuala Lumpur hanya memerlukan satu kemenangan saja lagi untuk layak ke Liga Super biarpun aksi berbaki dua perlawanan lagi.

Bagaimanap­un, skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu perlu merekod kemenangan yang besar dalam dua aksi terakhir itu kerana perbezaan enam jaringan dengan skuad Warga Kota jika berhasrat untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana sekali gus mengulangi pencapaian sama pada tahun 1990 dan 1998.

Mengulas lanjut, bekas pemain kebangsaan itu yakin dengan strategi yang diterapkan jurulatih berpengala­man itu dan kebangkita­n rakan sepasukan mampu menundukka­n lawan dalam aksi penting malam esok.

“Kami tidak mahu berputih mata di laman sendiri dan percaya pengalaman Irfan Bakti merencana strategi mampu membantu pasukan untuk melangkah ke Liga Super apatah lagi barisan pemain kini begitu bersemanga­t,” kata Abdul Syukur.

 ??  ?? PEMAIN Terengganu, Issey Nakajima (kiri) diasak pemain Kelantan, Muslim Ahmad pada pertanding­an Liga Super.
PEMAIN Terengganu, Issey Nakajima (kiri) diasak pemain Kelantan, Muslim Ahmad pada pertanding­an Liga Super.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia