Harian Metro

Aktiviti lasak sebagai terapi

- DARI MUKA 1

“Mana tidaknya, soalan matematik kebanyakan­nya bermain dengan nombor dan panjang. Jadi, kalau salah percaturan, tentunya saya akan keliru dan berisiko untuk kehilangan markah,” katanya.

Ditanya mengenai pengendali­an fokus, Sara mengakui melakukan beberapa aktiviti sebagai terapi diri.

“Walaupun pertanding­an berlangsun­g pada Jumaat, menjelang Isnin dan Selasa, saya sudah mula gemuruh.

“Antara yang saya lakukan untuk memastikan kurang rasa gemuruh serta belajar untuk fokus adalah dengan melakukan aktiviti muay thai,” katanya.

Selain Sara, tiga lagi peserta lain yang berjaya mara ke peringkat seterusnya ialah Fadila Zukaira Mohd Nor yang mewakili Negeri Sembilan, Nurul Shazalina Zainudin (Kelantan) dan Shazana Kamaruzama­n (Selangor).

Dua peserta iaitu Amyllia dan Hani yang masing-masing mewakili Terengganu dan Perlis kecundang pada minggu ketujuh.

Amyllia atau nama sebenarnya Nur Amyllia Halmi mengakui tersalah percaturan sekali gus terpaksa berundur daripada pertanding­an itu.

“Pada pusingan terakhir, saya digandingk­an dengan Hani. Paling kesal adalah ketika ditanya mengenai soalan berkaitan kimia, kami ada melakukan kesilapan.

“Sejak beberapa minggu lalu, markah saya antara yang tercorot,” katanya.

Hani atau nama sebenarnya Hani Nazrina Hanizar pula mengakui berasa tertekan apabila jumlah peserta semakin mengecil.

“Semakin kurang jumlah peserta, tekanan semakin bertambah. Bagaimanap­un, semua peserta sudah melakukan yang terbaik dan nampaknya perjuangan kami sampai di sini saja,” katanya.

Selain Amyllia dan Hani, seorang lagi peserta Clever Girl Malaysia, Nur Syakiran Mohd Azam atau Kiera yang mewakili Pulau Pinang menarik diri daripada pertanding­an.

Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9 Zurina Othman berkata, penarikan diri itu adalah atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Kiera meluahkan hasrat menarik diri dan memberikan alasan yang munasabah serta kukuh. Kami menerima alasan yang diberikann­ya dan tidak perlu didedahkan apakah alasan itu.

“Dia tidak ada sebarang masalah dengan pihak kami sebaliknya keputusan itu dibuat selepas perbincang­an di antara kedua-dua pihak,” katanya.

Clever Girl Malaysia diacarakan Alif Satar dan bersiaran secara langsung di TV3 setiap Jumaat, jam 9 malam. -Syafil Syazwan Jefri

 ??  ??
 ??  ?? PESERTA yang layak ke minggu seterusnya dari kiri, Fadila, Sara, Shazana dan Nurul Shazalina.
PESERTA yang layak ke minggu seterusnya dari kiri, Fadila, Sara, Shazana dan Nurul Shazalina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia