Harian Metro

TAHUN GEMILANG NAMRON

- DARI MUKA 1

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dianggap pengiktira­fan terbesar sepanjang 2 dekad bergelar anak seni

Barangkali filem yang mengangkat kisah anak autistik itu memiliki rencah luar biasa apabila turut memenangi anugerah Pengarah Harapan (Tunku Mona Riza) dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Harith Haziq).

Redha diinspiras­ikan daripada kisah benar pasangan suami isteri, Alina lakonan June Lojong dan Razlan (Namron) yang berjuang membesarka­n anak istimewa, Danial (Harith Haziq) yang disahkan autisme.

Namron ketika ditemui menyifatka­n kemenangan­nya itu sesuatu di luar jangkaan.

Menurut Namron, sepanjang dua dekad bergelar anak seni, 2017 adalah tahun paling gemilang untuknya.

“Saya tak pernah terfikir menerima pengiktira­fan sebesar ini sejak terbabit dalam industri seni. Saya bersyukur apabila hasil kerja masih dipandang dan dihargai. Saya juga berterima kasih kepada produksi dan pengarah yang masih mempercaya­i bakat saya.

“Kehadiran saya hari ini hanyalah untuk memeriahka­n majlis kerana tidak tahu nama dicalonkan. Bagaimanap­un, kejayaan ini amat bermakna dan manis untuk saya,” katanya.

Sebelum itu, filem Redha terbitan Current Pictures turut mengangkat nama Namron sebagai Pelakon Lelaki Terbaik sempena Anugerah Skrin 2016 tahun lalu.

Kemenangan yang diraih Namron pada FFM29 itu sekali gus melengkapk­an deretan trofi bagi setiap kategori yang mempertand­ingkan namanya.

“Saya terkedu apabila nama diumumkan sebagai pemenang kerana calon lain hebat belaka dan mempunyai keunikan tersendiri. Lagipun nama saya kembali dicalonkan selepas kali terakhir tercalon pada 2003 menerusi kategori Pelakon Harapan yang dimenangi Achik Spin.

“Kemenangan ini amat istimewa kerana sudah lama saya tidak melakonkan watak utama dalam filem. Harapan saya selepas ini tentunya besar dan berharap masih ada produksi yang sudi menawarkan watak utama,” katanya.

Siapa sangka tanpa bersandark­an wajah komersial, Namron terus menjadi pilihan penerbit dan pengarah drama serta filem mutakhir ini.

Secara peribadi, pemilik nama sebenar Shahili Abdan, 47, ini berkata, penonton sudah bijak menilai dan mengutamak­an naskhah berbanding wajah pelakon semata-mata.

“Saya kesal dengan tanggapan segelintir pihak bahawa pelakon berwajah kormersial sahaja mampu melariskan drama atau filem.

“Bagi saya, nilai kormersial pelakon tidak semestinya melariskan sesebuah karya.

“Contohnya, ada pelakon popular dan berwajah komersial tetapi tidak semua filem lakonannya laris,” katanya.

Sementara itu, June mengakui terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang kategori Pelakon Wanita Harapan.

Ini kerana, lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Teater dari Universiti Malaya (UM) itu mengalami beberapa kesukaran melakonkan wataknya ketika berganding­an dengan suami selepas hampir sedekad tidak beraksi depan kamera usai tamat pengajian.

“Lama saya berfikir untuk menerima tawaran berlakon dalam filem ini . Bagaimanap­un selepas dipujuk pengarah dan dapat sokongan suami saya akhirnya bersetuju.

“Tak sangka selepas kehadiran saya memenangi anugerah di luar negara, akhirnya bakat kecil yang saya ada ini dihargai di sini,” katanya.

Tambah June, jika ada tawaran berlakon selepas ini dia tidak menolak tetapi dengan syarat watak itu tidak berlebihan.

“Saya akan terima sesuatu naskhah itu seadanya.

“Saya tidak akan tonjolkan lakonan yang berlebih-lebihan kerana itu bukan diri saya. Biarlah penonton melihat saya dengan cara yang tersendiri tanpa perlu berlebih-lebihan,” katanya.

Bertemakan Transforma­si Citra Karya, FFM29 mengangkat Adiwiraku sebagai Filem Terbaik FFM29.

Diarahkan Eric Ong, karya terbitan Sol Pictures Sdn Bhd itu sekali gus berjaya menewaskan empat lagi pencalonan lain iaitu Redha, Interchang­e, Hanyut dan Desolasi.

 ??  ?? NAMRON di sisi June.
NAMRON di sisi June.
 ??  ?? SANGEETA menggigil ketika namadiumum­kan
SANGEETA menggigil ketika namadiumum­kan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia