Harian Metro

Hasil penantian 10 tahun

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Sikapnya yang sering merendah diri membuatkan dia disenangi ramai. Bahkan gaya manja yang menjadi ‘trademark’ tersendiri­nya menjadi ajukan wakil media setiap kali bertemu di manamana majlis.

Tanpa riak marah atau berkecil hati, dia sebaliknya hanya tersenyum. Inilah keistimewa­an ratu rock negara, Ella yang sudah bertahan selama 30 tahun dalam industri seni hiburan tanah air.

Sudah lama peminat tidak mendengar lagu terbaru Ella selepas menghasilk­an album Rama-Rama pada 2007 yang mendapat sambutan baik daripada peminat.

Siapa sangka 10 tahun berlalu, penyanyi berusia 51 tahun ini tampil dengan album terbaru berjudul Peace. Love. Rindu (P.L.R) terbitan Universal Music Malaysia yang sudah berada di pasaran.

Menariknya, bajet besar diperuntuk­kan apabila album mengandung­i lapan lagu ini menampilka­n barisan komposer dan penulis lirik hebat dalam industri muzik tanah air iaitu Datuk M Nasir, Keon, Buddhi Hikayat, AD Samad, Edrie Hashim, Omar K, Faizal Tahir, Ezra Kong, AG Coco, Sam Bunkface dan Lord.

Dengan wajah yang ceria, Ella mengakui amat teruja kerana menganggap album ini istimewa dalam setiap komposisi sama ada persembaha­n muzik, penciptaan lagu atau lirik.

“Ella rasa penantian selama 10 tahun sangat berbaloi terutama untuk diri Ella kerana pemilihan lagu dibuat sangat teliti dengan proses rakaman memakan masa dua tahun.

“Daripada 158 lagu, ia ditapis beberapa kali sehingga dapat yang betulbetul terbaik. Jadi inilah hasil yang diberikan kepada peminat,” katanya pada sidang media pelancaran album ini Khamis lalu.

Menurut Ella, dia memilih hanya menampilka­n lapan lagu dalam album ini kerana menyedari tidak semua lagu dimainkan di stesen radio.

“Kalau saya keluarkan banyak lagu, mungkin benda ini hanya akan merugikan. Jadi biarlah yang selebihnya saya simpan untuk album seterusnya pula.

“Saya kena fokus bagi mempromosi­kan lapan lagu ini. Ini adalah trend sekarang. Saya tak nak ikut penyanyi lain yang keluarkan single saja kerana ini cara masing-masing,” katanya.

Ella berkata, penghasila­n single diibaratka­n tidak memberi satu kesan yang berbaloi buat peminat yang merindui untuk menikmati nyanyianny­a.

“Ella memilih lagu Ku Sedia ciptaan Omar K dan Ezra Kong sebagai single pertama daripada album ini. Ia dirasakan mampu memikat hati peminat.

“Video muziknya sudah dirakam di Jogjakarta, Indonesia dan kami akan menyiarkan­nya sebaik proses pembuatann­ya selesai,” katanya.

Menjelaska­n pemilihan Peace. Love. Rindu sebagai judul album, Ella berkata, ia dibuat secara bersama dengan syarikat rakaman dan mempunyai maksud tersendiri.

“Hari ini (21 September) adalah hari keamanan sedunia. Ini sebabnya saya pilih adakan sidang media pada hari ini.

“Peace adalah keamanan, Love adalah cinta Ella pada semua terutama buat peminat yang beri sokongan dari dulu sehingga sekarang

 ??  ??
 ??  ?? BERSAMA komposer dan penulis lirik yang terbabit dalam albumnya.
BERSAMA komposer dan penulis lirik yang terbabit dalam albumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia