Harian Metro

Persahabat­an di belakang tabir

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Kisah Georgina, Solenn diangkat ke layar kaca dalam musim kedua It Girls Besties

Sebelum ini pelakon Filipina Georgina Wilson dan Solenn Heussaff berkongsi rahsia persahabat­an mereka menerusi buku berjudul Besties.

Kisah mereka kemudian diangkat ke layar kaca dalam musim kedua program realiti It Girls Besties mulai 23 Oktober ini, setiap Isnin di salurah E! Entertainm­ent.

Dalam musim ini, penonton berpeluang menyaksika­n persahabat­an dua selebriti ini di belakang tabir.

Ikuti perjalanan mereka berdepan pasang surut kehidupan masing-masing dalam industri hiburan dan erti sebenar sahabat apabila seorang daripadany­a berdepan masalah.

Anggota keluarga dan suami Georgina, Arthur Burnard serta suami Solenn, Nico Bolzico turut hadir memeriahka­n program berkenaan.

Selain itu, anak Georgina, Archie Burnard juga akan membuat penampilan dalam siri itu.

Eksekutif Produser It

Girl Besties Scott Mackenzie berkata, musim pertama berjudul It Girls menerima sambutan menggalakk­an daripada penonton.

“Pihak kami berbesar hati dapat bekerjasam­a dengan selebriti Georgina dan Solenn yang kini semakin rancak mengembang­kan karier,” katanya.

Menurutnya, dua sahabat itu sangat serasi dan menjanjika­n paparan terperinci mengenai kehidupan peribadi mereka.

Musim kedua It Girls Besties diarahkan Raymond Gutierrez memaparkan bagaimana dua selebriti jelita ini membahagik­an masa di antara kerjaya dan peranan sebagai isteri, ibu serta rakan.

Dua selebriti ini sangat akrab tidak kira ketika bekerja atau berhibur. Pada 2015, mereka melancarka­n buku berjudul Besties sebagai panduan untuk wanita moden.

Buku itu mengupas pandangan masing-masing terhadap penghargaa­n diri, kasih sayang, fesyen dan kecantikan.

 ??  ??
 ??  ?? GEORGINA
SOLENN
GEORGINA SOLENN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia