Harian Metro

TIADA HALA TUJU, MUDAH KECEWA

-

Lepasan SPM ingin tahu peluang sesuai dengan kelayakan diri

Contohnya, jika anda seorang yang sukakan peralatan tertentu maka perlu tahu peralatan apakah yang disukai.

Selain itu, ketahui juga tugasan yang bagaimana membuatkan anda minati dan seronok.

Jika buntu, senaraikan saja minat anda dalam melakukan sesuatu tugas. Kemudian, minat itu diselarask­an dengan jenis pekerjaan yang mungkin berkaitan.

Anda boleh meneliti maklumat ini secara kasar dan umum terlebih dulu.

2.Kongsi harapan Berkongsi impian dan harapan dengan orang terdekat seperti keluarga atau rakan sebaya yang boleh membantu dan memahami.

Perbincang­an secara santai mungkin dapat mengenal pasti beberapa pilihan dan peluang yang ada.

Rasa segan dan tidak selesa mungkin wujud jika ia belum pernah dilakukan, namun memulakan sesuatu perkara adalah hal yang digalakkan.

3.Kumpul maklumat peluang yang ada

Mengumpul maklumat berkenaan peluang yang ada seperti pendidikan atau pekerjaan dan latihan kemahiran.

Terdapat pelbagai peluang terbuka baik secara percuma mahupun berbayar.

Bagi peluang pembelajar­an berbentuk kemahiran, anda boleh mengumpul maklumat berkenaan institut kemahiran yang terdapat di seluruh negara.

Maklumat ini boleh diperoleh dengan mudah menerusi laman sosial atau media cetak.

Selain itu, maklumat boleh didapati dengan menemui kaunselor kerjaya atau pendidikan di persekitar­an anda.

Terdapat perkhidmat­an kaunseling secara percuma yang diberikan kepada komuniti seperti di Lembaga Pembanguna­n Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), TeleKaunse­ling di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Pusat Kaunseling Selangor dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Perbincang­an bersemuka dengan kaunselor bertauliah membolehka­n perincian hala tuju diri juga boleh dibincangk­an.

4.Tetapkan matlamat Menetapkan matlamat yang ingin dicapai secara spesifik, boleh diukur dan realisitik iaitu selaras dengan pencapaian serta kelayakan diri.

Maklumat yang diperlukan boleh hadir dari pelbagai sumber seperti pembacaan, perbincang­an, penelitian dan pencarian di laman sesawang.

Kehendak dan matlamat yang ingin dicapai perlu ditulis secara jelas dan menyeluruh. Usah terbeban dengan rasa ingin menyelaras­kan maklumat secara konsisten atau ikut turutan.

Hal ini mungkin membuatkan anda rasa bosan atau kecewa jika maklumat yang ingin diperoleh seperti tidak tersusun.

Oleh itu, anda perlu menuliskan semua terlebih dahulu, kemudian membacanya semula bagi tujuan pertimbang­an.

5.Pelan tindakan Matlamat itu perlu dipecahkan kepada pelan tindakan yang mudah dan ringkas untuk dicapai.

Setiap matlamat mungkin terlalu besar untuk dicapai namun akan semakin mudah dilaksanak­an jika dipecahkan kepada pelan tindakan.

Pelan tindakan ini adalah langkah perlu diikuti bagi mencapai matlamat yang dibina.

6.Tulis matlamat Matlamat yang tidak ditulis hanyalah mimpi pada siang hari. Jika matlamat itu benar-benar bermakna untuk anda, pastikan anda tulis dan tampal di tempat yang anda boleh lihat setiap hari.

Selain memberikan semangat, ia juga menjadi motivasi yang menyeluruh.

7.Sentiasa ingat matlamat anda

Setelah mempertimb­angkan pilihan yang diminati, pastikan anda fokus untuk mencapai matlamat itu.

Sentiasa ingatkan diri dengan matlamat yang ingin anda capai. Antara tip untuk mengingati matlamat anda ialah:

-Kelilingi diri dengan rakan yang sentiasa menggalakk­an anda untuk ke arah matlamat berkenaan.

-Tulis dan tampal kertas matlamat supaya anda boleh melihatnya setiap hari dan berusaha ke arah itu.

-Ingatkan pada diri dengan kata semangat dan positif. Jangan sekali-kali mengutuk atau berkata yang tidak baik kepada diri sendiri.

8.Sokongan keluarga Akhir sekali, dapatkan sokongan keluarga yang paling rapat dalam membentuk matlamat diri yang lebih jelas dan bermakna.

Sokongan ini benteng kepada ketahanan dan ketabahan. Selamat mencuba.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia