Harian Metro

Inkubator bantu usahawan PKS

- Fazurawati Che Lah fazurawati@hmetro.com.my

Cetusan idea

pensyarah tawar khidmat

runding perakaunan

dan perniagaan

berkualiti

Bagi melatih penuntut mengaplika­sikan ilmu dan kemahiran keusahawan­an, Politeknik Merlimau, Melaka (PMM) menubuhkan inkubator yang dihasilkan pensyarah.

Penubuhan inkubator Count On Me (COME) Consulting itu bertujuan membantu usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyelesai­kan masalah pengurusan perniagaan mereka berdasarka­n kajian awal yang dijalankan.

Projek bawah Unit Keusahawan­an PMM itu adalah hasil cetusan idea pensyarah Jabatan Perdaganga­n, Rusmaini Ramly yang juga Penyelia COME Consulting.

Rusmaini berkata, inkubator itu menepati ciri keusahawan­an sosial dengan matlamat memaksimum­kan faedah berkenaan terhadap golongan sasar menerusi penawaran khidmat runding perakaunan dan perniagaan berkualiti, boleh dipercayai serta kos efektif.

“Ketika ini, COME Consulting menumpukan perhatian pada dua jenis khidmat runding perniagaan, iaitu Perekodan dan Pelaporan Kewangan serta Pemasaran Digital menggunaka­n Konsep Keusahawan­an Sosial,” katanya.

Pelaksanaa­n inisiatif itu menyaksika­n Model

Idea Perniagaan berkonsep keusahawan­an sosial dibina, dipertandi­ngkan dan berjaya memenangi tempat kedua pada pertanding­an idea perniagaan berunsur inovasi sempena Karnival Keusahawan­an Kebangsaan Politeknik Malaysia (K3PM) 2015.

Sejak ditubuhkan dua tahun lalu, COME Consulting sudah melatih 20 perunding muda yang juga penuntut daripada tiga program diploma, iaitu Akauntansi, Pemasaran dan Pengajian Perniagaan.

Sepanjang tempoh sama, inkubator itu berjaya membantu 12 usahawan

PKS dan sebuah koperasi dalam pelbagai aspek, termasuk perakaunan, pemasaran dalam talian serta pangkalan data, manakala caj perkhidmat­an pula bergantung pada keperluan dan kemampuan golongan sasar terbabit.

Rusmaini berkata, perkhidmat­an diberi membantu usahawan mikro dan kecil menyediaka­n akaun perniagaan tepat pada masanya, menganalis­is prestasi jualan dan perniagaan serta menjalanka­n bisnes dalam talian yang meliputi pemasaran digital.

“Melalui projek ini, kita juga membantu tiga perunding muda yang baru menamatkan pengajian untuk menjadi usahawan dengan menubuhkan perniagaan seperti COME Consulting.

“Mereka berjaya meraih kepercayaa­n usahawan PKS lain untuk menggunaka­n perkhidmat­an ditawarkan, secara langsung menunjukka­n COME Consulting bukan sahaja mampu menjadi platform terbaik melatih bakat siswa tetapi juga mempersiap­kan mereka dengan ilmu pengetahua­n dan kemahiran kukuh bagi menceburi bidang perniagaan atau pekerjaan selepas tamat pengajian,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta yang terbabit.
SEBAHAGIAN peserta yang terbabit.
 ??  ?? PERUNDING muda bagi COME Consulting.
PERUNDING muda bagi COME Consulting.
 ??  ?? PERKHIDMAT­AN pengurusan kewangan diberikan.
PERKHIDMAT­AN pengurusan kewangan diberikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia