Harian Metro

Boikot penjualan telur penyu

-

Presiden MASTI Azri Hohad berkata, dengan keahlian lebih 8,000 orang di seluruh universiti awam, ia mampu menjayakan salah satu tindakan segera daripada kempen ini iaitu semua bersepakat untuk tidak makan telur penyu dan memboikot penjualann­ya di pasaran.

“Masyarakat perlu memandang serius usaha pemulihara­an yang dilakukan kerajaan, swasta atau badan sukarela termasuk menyokong undang-undang perlindung­an terhadap spesies hidupan laut unik ini.

“MASTI turut menyatakan sokongan terhadap kajian perlindung­an dan pembiakan penyu yang dilakukan penyelidik UMT melalui Sea Turtle Research Unit - SEATRU selama ini bagi memastikan kemandiria­n penyu terus terjaga.

“Sebagai sebuah badan yang menaungi semua persatuan pentadbir di universiti awam Malaysia, usaha ini tidak terhenti sekadar kempen saja,” katanya.

Seorang ahli MASTI, Thomas Arryaz Lamada daripada Persatuan Pengurus Universiti Malaysia Sarawak (PPUNIMAS) berkata, dengan melihat sendiri usaha pemulihara­an penyu membuatkan beliau lebih memahami kepentinga­n kajian perlindung­an dan undang-undang yang dapat mencegah penyu daripada pupus.

Thomas berkata, pusingan hidup dan ekosistem pelbagai spesies seperti penyu agar dan penyu karah begitu menarik untuk dihayati dan berupaya menjadi tarikan sebagai produk pelanconga­n berpendidi­kan di samping memupuk kesedaran terhadap kepentinga­n pemulihara­annya.

Stesen penyelidik­an penyu di Chagar Hutang, Pulau Redang diwartakan Kerajaan Terengganu sebagai tempat larangan aktiviti pelanconga­n dan diberikan kepada Universiti Malaysia Terengganu untuk berfungsi sebagai Stesen Penyelidik­an. -Fazurawati Che Lah

MASTI sokong

kajian perlindung­an

dan pembiakan

oleh penyelidik

UMT

 ??  ?? PESERTA bergambar kenangan.
PESERTA bergambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia