Harian Metro

‘Seronok tulis skrip’

Skrip drama Lara Aishah buka mata banyak pihak terhadap kebolehan Adzim

- Shuhada Mansor gen.y@hmetro.com.my

Kalau kita menonton sesetengah drama di televisyen, mungkin tidak pernah terlintas di fikiran untuk mengetahui siapa penulis skripnya.

Abdul Adzim Shahabudin, 28, penulis skrip muda berkecimpu­ng dalam bidang ini sejak tujuh tahun lalu.

Penulis percaya, walaupun ratusan drama ditayangka­n, pasti ada antara drama kegemaran anda ditulisnya.

KENA FAHAM CITA RASA PENONTON

Berasal dari Yan, Kedah, Adzim menganggap untuk memperoleh kepercayaa­n daripada penerbit dan stesen TV antara cabaran besar baginya.

“Memahami sifat, cita rasa penonton, teknik penulisan yang memudahkan semua pihak produksi, faham teknik penceritaa­n mengikut genre serta slot waktu berlainan antara yang perlu saya ‘khatam’.

“Kerjaya ini memang menyeronok­kan, sebab ia penuh dengan idea dan imaginasi. Rasa puas apabila karya kita dapat pujian penonton. Tak kisahlah walaupun mereka tak kenal penulis skrip,” katanya.

MENULIS LEBIH 15 DRAMA

Untuk berada di tahap sekarang, jatuh bangun pernah dirasainya termasuk dipandang rendah kerana masih muda.

“Itu adalah proses pembelajar­an apabila kita dipandang rendah pada mulanya sebelum boleh berdiri sama tinggi dengan orang lebih lama. Yang penting terbuka menerima pandangan dan itulah lumrah dunia penulisan,” katanya yang sudah menulis lebih 15 drama.

Antara drama hit yang mendapat ‘rating’ tinggi hingga membuka mata banyak pihak terhadap kebolehann­ya adalah Lara Aishah yang dilakonkan oleh Fasha Sandha.

BAGAIMANA DAPAT IDEA?

“Saya dapat idea dengan membaca dan dengar kisah daripada wartawan mengenai ragam manusia. Suka duka akan digarap supaya jadi lebih sesuai untuk dibuat skrip,” jelasnya.

Adzim berkata, selain drama dia turut menulis skrip untuk teater dan teks ucapan.

“Impian saya untuk lihat industri penulisan Malaysia lebih dimartabat­kan. Bakat baru digilap sambil membenarka­n penulis lama terus bertanding dan relevan.

“Mungkin dengan adanya program berkaitan atas usaha badan korporat, akan ada platfrom sesuai. Saya yakin ramai antara kita ingin menulis tapi tak tahu cara untuk salurkanny­a,” katanya.

 ??  ?? BERSAMA pelakon legenda Roy Marten (tiga dari kiri)
dan pengarah muda Isfansyah (kanan) di Jakarta. PENGALAMAN menulis di hotel yang dibina dalam gua di Turki.
BERSAMA pelakon legenda Roy Marten (tiga dari kiri) dan pengarah muda Isfansyah (kanan) di Jakarta. PENGALAMAN menulis di hotel yang dibina dalam gua di Turki.
 ??  ?? ADZIM (dua dari kanan) ketika berkursus di Jakarta.
ADZIM (dua dari kanan) ketika berkursus di Jakarta.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia