Harian Metro

PERLU ADA KAPTEN MALAYSIA

-

Kempen semangat patriotik boleh diterokai dari sudut kreatif

Apabila kita menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, sering kedengaran hadis ‘Cintakan tanah air itu sebahagian daripada iman’.

Menurut penilaian muhadisin, ia hadis tidak sahih.

Menurut as-Saghani (meninggal 650H/1252M) dalam kitab tulisannya al-Maudu’aat mengatakan ia adalah palsu (maudhu’).

Bagaimanap­un, menurut Muhammad Tahir al-Fatani (meninggal 986H/1578M) dari India, beliau menyebut dalam kitabnya Tazkirah al-Maudu’aat menyatakan walaupun hadis itu palsu tetapi ia benar dari sudut isi kandungann­ya.

Hadis sahih mengenai cinta negara

Ada hadis yang sahih apabila Nabi Muhammad menyatakan rasa cintanya kepada tanah air. Antaranya dalam Sahih Bukhari dan Muslim, baginda berdoa dengan menyatakan:

“Ya Allah! Jadikanlah cinta kami kepada Madinah seperti cinta kami kepada Makkah ataupun lebih daripada itu”.

Malah ketika Nabi meninggalk­an Makkah untuk ke Madinah, baginda menoleh ke arah Makkah lalu bersabda; “Alangkah indah engkau (Makkah) sebagai sebuah negara. Alangkah sayangnya aku kepadamu. Jika tidak kerana kaumku menghalau aku keluar darimu, aku tidak akan menetap selain darimu”(Riwayat al-Tirmizi).

Ini memberi isyarat agama membenarka­n kita mencintai negara. Namun janganlah mencintai negara sehingga menggadai prinsip agama. Asasnya, agama meraikan fitrah manusia yang cintakan tanah air. Persoalann­ya, bagaimana kita menggerakk­an kempen dan menterjema­h maksud cintakan negara?

Kreativiti dalam kempen

Satu perkara yang saya perlu puji Hollywood ialah kreativiti mereka menyemarak­kan semangat patriotism­e dalam pelbagai cara dan kaedah.

Antaranya melalui watak dalam komik dan filem Captain Amerika. Beliau digambarka­n sebagai seorang lelaki yang jujur, setia pada kawan, kuat, pantas serta sering menyelamat­kan dunia. Satu dunia kenal dan meminati Captain America walaupun dalam kalangan rakyat yang anti-Amerika. Ini adalah hasil kempen yang di luar kotak.

Persoalann­ya, kreativiti kempen merdeka di Malaysia selain ceramah, perarakan dan program yang diadakan hanya sesuai untuk golongan tertentu. Saya percaya, jika diterokai sudut kreatif umpamanya mencipta ikon dengan jenama heroic seperti Kapten Malaysia di kaca TV yang memiliki ciri-ciri beriman, jujur, setia pada kawan, kuat, pantas dan sering menyelamat­kan dunia, bukan hanya Malaysia tetapi satu dunia kenal serta meminati Kapten Malaysia. Tambahan pula dengan kewujudan media sosial, dunia sudah tiada sempadan.

Mari kita fikir masa depan negara!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia