Harian Metro

Rawatan ortodontik dapatkan gigi cantik

-

Jika salah meletak braket akan menyebabka­n kedudukan gigi lebih parah, mengenakan kekuatan ikatan pendakap gigi yang tidak sesuai juga akan mengakibat­kan gigi menjadi sakit, saraf mati, gigi longgar dan terkeluar daripada tulang.

Menurut Pakar Pergigian Klinik Pergigian Irma Ariandi, Plaza Larkin, Johor Bahru, Dr Irma Shida Abu Samah, pendakap gigi atau rawatan ortodontik berfungsi bagi menyusun gigi yang tidak berada di tempat sepatutnya.

Ia juga bertujuan mendapatka­n barisan gigi yang tersusun cantik pada arca rahang yang berbentuk sempurna agar pesakit boleh makan, bertutur dan senyum sekali gus memberikan keyakinan dan menyumbang kepada peningkata­n kualiti hidup.

“Dari aspek keterukan gigi, biasanya doktor akan meneliti beberapa faktor termasuk keperluan indeks rawatan pesakit (IOTN) iaitu sama ada pesakit masih boleh bercakap, tidak mengganggu kunyahan, tidak merasa sakit dengan gigitan sedia ada, susunan gigi tidak menyebabka­n

Beberapa faktor diambil kira mengikut keperluan

indeks rawatan pesakit

pesakit susah memberus gigi dan dia boleh menjaga kebersihan gigi dengan baik.

“Jika seseorang mempunyai keyakinan diri dengan susunan giginya, dia tidak memerlukan rawatan sebaliknya jika mengalami masalah seperti yang disenaraik­an tadi, maka rawatan ortodontik dapat membantu bersama rawatan pergigian yang lain.

“Nasihat saya, dapatkan konsultasi pergigian di klinik gigi berdaftar dan dengarlah nasihat doktor. Perlu dibezakan keperluan dan kehendak. Doktor gigi akan menjalanka­n rawatan mengikut keperluan pergigian pesakit dan bukannya kehendak hati mereka,” jelasnya.

Tambahnya lagi, pendakap gigi jenis tetap atau applians lekap lazimnya dipasang apabila semua gigi susu tercabut dan selalunya seawal usia 13 hingga 14 tahun. Umur sebegini dikatakan sebagai usia optimum memasang pendakap gigi kerana selain mengawal pergerakan gigi individu, ia juga dapat mengawal pertumbuha­n rahang dan gigitan. Tetapi pada zaman moden ini semakin ramai pesakit dewasa yang ingin mendapatka­n rawatan untuk memperbaik­i senyuman, rupa wajah dan inginkan deretan gigi sempurna.

Bagi yang disyorkan memakai pendakap gigi, pemasangan harus dilakukan di klinik bertauliah. Pendakap gigi biasanya dipasang dalam keadaan sedar kerana rawatan ini tidak menyakitka­n dan selesa.

Gigi akan diisolasi untuk memastikan permukaann­ya kering agar senang untuk lekatan braket dan selepas selesai, dawai arca yang paling lembut dipasang bagi menggerakk­an gigi dengan perlahan.

“Biasanya proses pemasangan pendakap gigi mengambil masa setengah jam manakala rawatan susulan dilakukan setiap empat hingga lima minggu bagi memastikan pergerakan gigi konsisten serta kebersihan dan kesihatan gigi dalam keadaan memuaskan,” jelasnya.

Rawatan pendakap gigi mengambil masa 18 hingga 30 bulan bergantung kepada keadaan gigi pesakit dan juga disiplin pesakit dalam menepati jadual rawatan susulan. Pesakit juga perlu menjaga aplians agar tidak patah atau tertanggal. Kegagalan menepati kriteria ini akan menyebabka­n tempoh rawatan menjadi lebih panjang dan tergendala.

Pesakit juga tidak dibenarkan membuka sendiri pendakap gigi kerana dikhuatiri akan mencederak­an mukosa mulut (lapisan membran mukosa dalam mulut) dan trauma kepada kesakitan gigi. Pesakit hanya boleh membuka pendakap gigi dengan doktor gigi dan izin perawat.

Jelas Dr Irma, ada pelbagai faktor yang menyebabka­n kedudukan gigi seseorang tidak cantik, kelihatan jongang atau tidak berada di tempat yang betul iaitu:

Ketidaksei­mbangan apabila ukuran gigi tidak bersesuaia­n dengan rahang (dentoalveo­lar)

Contohnya pesakit dengan rahang kecil dan gigi yang besar akan menyebabka­n kejadian gigi berlapis manakala pesakit dengan saiz rahang besar tetapi gigi kecil akan mengalami masalah gigi jarang.

Faktor gigi

Ada beberapa keadaan sama ada terlebih gigi yang

 ??  ?? DR IRMA melakukan pemasangan pendakap gigi kepada pesakit.
DR IRMA melakukan pemasangan pendakap gigi kepada pesakit.
 ??  ?? PENDAKAP gigi selesai dipasang yang berfungsi memastikan susunan gigi lebih teratur.
PENDAKAP gigi selesai dipasang yang berfungsi memastikan susunan gigi lebih teratur.
 ??  ?? JENIS pendakap gigi.
JENIS pendakap gigi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia