Harian Metro

3 kali tangguh pembedahan

-

Jelas wanita kelahiran Rembau, Negeri Sembilan ini, pada mulanya dia menyedari ada ketulan sebesar guli pada payudara kanan. Lantas dia menjalani pemeriksaa­n di klinik kerajaan. Mendapati ada sesuatu yang ganjil, jururawat bertugas membuat surat rujukan untuk pemeriksaa­n di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

“Saya menjalani biopsi dan menerusiny­a doktor menjumpai ketulan sebesar 2.5 sentimeter yang disahkan sebagai kanser. Sebelum ini saya tidak pernah menjangkak­an akan melaluinya. Pada saat doktor mengatakan saya menghidap kanser payudara dunia gelap gelita. Saya menangis semahumahu­nya,” katanya yang menerima tarikh untuk melakukan pembedahan membuang ketulan dua minggu selepas itu.

Pernah melalui pengalaman melihat rakan meninggal dunia sebaik saja menjalani pembedahan menyebabka­n Nor Reha meminta penangguha­n sehingga tiga kali. Pada masa sama dia menjalani rawatan alternatif di rumah.

Lama kelamaan sel kanser semakin merebak. Ketulan yang mulanya kecil membesar menjadi seperti telur ayam, ia keras seperti batu. Lebih menyedihka­n apabila bahagian payudara luar mulai tumbuh sama seperti kubis.

Begitupun dia masih menafikan perlu menjalani rawatan di hospital kerana beranggapa­n keadaan dirinya tidak membimbang­kan. Walaupun dipujuk suami, keluarga dan rakan,

Nor Reha tetap berdegil sehingga berlanjuta­n selama dua tahun.

“Dalam tempoh ini payudara saya mulai membusuk dan berbau. Ia semakin besar dan sukar dijaga. Lebih memeritkan apabila ia berdarah menyebabka­n saya kehilangan banyak darah. Tubuh menjadi lemah, saya pula tiada selera makan. Berat badan berkurang sehingga 20 kilogram (kg) sepanjang dua tahun,” katanya yang hanya menjalani rawatan herba dengan seorang ustaz.

Kemuncak kepada kerelaan untuk mendapatka­n rawatan di hospital apabila menyedari dirinya semakin lemah. Darah pula keluar tanpa henti. Bertemanka­n kakak dan suami, Nor

Reha dibawa ke hospital. Tanpa menunggu lama pembedahan membuang payudara terpaksa dilakukan pada hari yang sama kerana doktor tidak mahu menanggung risiko.

Doktor juga menemui 21 ketulan di bawah ketiak dan hanya satu adalah sel kanser. Lebih membuatkan dirinya bersyukur apabila sel kanser tidak merebak ke bahagian lain. Nor Reha juga cepat pulih daripada pembedahan walaupun terpaksa menjalani kemoterapi sebanyak enam pusingan.

Lalui rawatan alternatif namun ketulan kanser semakin membesar sehingga payudara terpaksa dibuang Saya kuat kerana ada suami dan anak di sisi. Suami memberikan semangat kepada saya untuk terus hidup. Dia sumber kekuatan saya selama ini

 ??  ?? BERSAMA suami, Amizi yang banyak memberikan semangat kepada Nor Reha.
BERSAMA suami, Amizi yang banyak memberikan semangat kepada Nor Reha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia