Harian Metro

Makan sambil kira kalori diambil

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Ramai individu tidak mampu meminggirk­an keinginan terhadap makanan. Mana mungkin mengelak menikmati nasi lemak, teh tarik, roti canai dan kuih-muih lazat hanya semata-mata kerana ingin berdiet.

‘Hilang nikmat dunia’ itu antara kata-kata yang diberikan mereka yang berdiet tetapi separuh jalan saja kerana tidak sanggup meninggalk­an menu kegemaran harian. Akibatnya dua atau tiga kilogram yang hilang ketika berdiet bertambah dua kali ganda selepas semua pantang larang ditinggalk­an.

Memang benar ramai yang tidak mahu kurus jika terpaksa berpuasa atau mengikat perut. Tetapi tidak mengawal pemakanan juga akan mendatangk­an kesan kepada tubuh. Pelbagai jenis penyakit mulai singgah, bermula dengan kegemukan, diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah jantung atau dikenali sebagai penyakit tiga serangkai. Dalam hal ini anda perlu bijak menguruska­n keperluan diri. Bukankah kurus dan sihat yang anda inginkan?

Menurut juruterapi senaman Adasandha Anuar, 32, setiap orang perlu mengamalka­n senaman bijak yang membolehka­n mereka menikmati menu kegemaran pada masa sama mengekalka­n berat badan ideal. Untuk permulaan individu harus tahu jumlah kalori bagi setiap menu harian mereka dan senaman sesuai bagi membakar kalorinya.

“Misalnya nasi lemak biasa berharga RM1 mempunyai 200 hingga

250 kalori. Jadi anda boleh melakukan senaman dengan memastikan pembakaran 200 kalori dan selepas itu boleh menghabisk­an sebungkus nasi lemak dengan gembira,” katanya.

Dengan mengambil tahu nilai kalori serta pergerakan yang mempunyai nilai sebegini ia bukan saja membuatkan anda gembira kerana dapat bersenam pada masa yang sama menikmati makanan kegemaran anda. Apa yang ditunjukka­n hanya sebagai contoh senaman saja, untuk lebih pembakaran kalori apa kata anda lakukan senaman setiap hari walaupun anda tidak mengambil makanan yang ditunjukka­n seperti di atas.

Konsep senaman bijak ini boleh dipraktikk­an untuk apa saja jenis makanan. Anda boleh bersenam di rumah atau di taman permainan. Antara contoh

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia