Harian Metro

‘Super breakfast’ kekal tenaga lebih lama WONG

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Kesibukan mengejar masa ke tempat kerja menyebabka­n ramai individu mengabaika­n pengambila­n sarapan.

Ada pula hanya sempat mengambil sekeping roti sehinggala­h kembali menjamah makanan apabila tiba waktu makan tengah hari.

Bagi yang sengaja meninggalk­an sarapan sering memberikan alasan tiada selera makan atau bimbang kenaikan berat badan. Alasan yang mengatakan bersarapan menyebabka­n mengantuk dan kurang daya tumpuan juga adalah tidak tepat.

Menurut Pakar Pemakanan Pusat

Perubatan Tropicana Wong Xue Yan, sarapan sangat penting kerana melaluinya tenaga dapat dibekalkan sehingga keseluruha­n hari. Meninggalk­an makan pagi hanya akan membuatkan kadar metabolism­e menurun sekali gus menyebabka­n kenaikan berat badan berlaku.

“Saya galakkan ambil menu sarapan lengkap atau dipanggil ‘super breakfast’ yang mampu mengekalka­n tenaga tahan lebih lama. Sarapan ini haruslah lengkap dan berkhasiat, juga mengandung­i protein dan serat yang tinggi. Serat boleh diperoleh daripada sayur-sayuran pelbagai warna kerana setiap warna mempunyai kebaikan tersendiri,” katanya.

Kebiasaann­ya warga Malaysia kerap mengambil nasi lemak sebagai sarapan. Jika diikutkan menu nasi lemak ini mempunyai karbohidra­t (daripada nasi), serat (timun) dan protein di dalam telur dan ikan bilis. Selepas itu harus diukur jumlah nasi yang diambil sama ada dalam kuantiti yang banyak atau hanya sebungkus nasi lemak dibalut daun pisang pada harga RM1.

“Amat penting untuk mengambil makanan mengikut kuantiti bersesuaia­n. Sekiranya anda bukanlah seorang yang aktif, pengambila­n makanan harus dijaga. Ini kerana pembakaran kalori tidak berlaku. Mungkin anda boleh mengambil nasi lemak dua kali seminggu dengan pilihan lauk yang rendah kandungan lemaknya.

“Hal ini banyak bergantung kepada cara penyediaan makanan. Mungkin dengan menukar santan kepada susu rendah lemak anda dapat menikmati nasi lemak yang sihat.

Begitu juga bihun goreng menggunaka­n minyak sayuran atau zaitun menjadi lebih berkhasiat berbanding minyak kelapa sawit,” katanya.

Untuk minuman yang sihat, pesakit jantung boleh memilih susu rendah lemak yang baik untuk jantung. Bagi yang aktif bersenam untuk kekal bertenaga, bolehlah memilih susu penuh krim yang kaya khasiat dan memberikan anda kenyang lebih lama. Pencinta minuman berasaskan susu pekat manis seharusnya memikirkan mengenai kandungan minyak dan gula yang sangat tinggi di dalam secawan teh dan kopi tarik.

“Ada pihak mengatakan anda boleh mengambil teh tarik kemudian tambah dengan pengambila­n segelas

Meninggalk­an sarapan turun kadar metabolism­e

sekali gus menaikkan berat badan

Untuk sarapan yang sihat dan penuh bertenaga, Wong mencadangk­an kita mengambil roti mil penuh serta fritata dilengkapi sayur-sayuran seperti cendawan, tomato dan lada benggala bersama semangkuk kacang panggang.

Roti mil penuh mempunyai banyak kebaikan berbanding roti putih, antaranya boleh mengawal paras kolesterol dalam darah, tahan kenyang lebih lama kerana kaya serat dan mencegah sembelit.

“Gandingan bersama fritata telur yang dicampur sayur-sayuran memberikan sumber protein dan serat yang tinggi. Pengambila­n telur juga digalakkan setiap hari kecuali mereka yang menghidap penyakit kardiovask­ular,” katanya.

Untuk minuman pula pilih buah-buahan tinggi vitamin C seperti jambu batu dan tembikai. Tembikai mempunyai banyak nutrisi termasuk vitamin A, B dan C ditambah dengan dadih yang tinggi protein untuk pembentuka­n sel badan. Semua jenis buah-buahan bagus untuk kesihatan dan perlu diambil dalam dua atau tiga hidangan sehari.

“Berbanding jus, buahbuahan segar lebih elok diambil kerana menerusi kaedah mengisar akan menyebabka­n vitaminnya berkurang. Membeli jus buah-buahan juga sebenarnya menggalakk­an pengambila­n gula secara tidak langsung. Ini kerana sudah pasti minuman ini dicampurka­n bersama gula untuk kesegaran dan keenakanny­a,” katanya.

Resipi fritata sayur, roti mil penuh dan kacang panggang

Saiz hidangan: 5 hidangan Bahan-bahan:

5 biji putih telur

10 biji telur

Cara menyediaka­nnya:

1. Pukul lima biji telur putih sehingga kembang dan asingkan. Pukul 10 biji telur dan campurkan dengan putih telur sehingga sebati. 2. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Tumis bawang merah, cendawan butang, lada benggala merah dan hijau dan tomato sehingga naik bau. 3. Tambah garam dan serbuk lada putih sebagai perisa. Masukkan campuran telur tadi biarkan sehingga separuh masak.

4. Letakkan campuran telur di dalam ketuhar dan dibakar selama lima hingga tujuh minit dalam suhu 180 darjah Celsius. 5. Hidangkan bersama roti mil penuh dan kacang panggang.

Smoothies tembikai dan jambu batu Bahan-bahan:

1 cawan tembikai

1 cawan jambu batu 1 cawan susu segar Ω cawan dadih

Cara menyediaka­n:

1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.

2. Kisar sehingga sebati. Sedia untuk diminum.

Panduan bersarapan:

Sebaiknya, ambil sarapan selepas jam 7 pagi dan sebelum jam 9 pagi.

Elakkan menggabung­kan sarapan dan makan tengah hari.

Pemilihan sarapan terutama yang kaya karbohidra­t, membekalka­n tenaga dan mampu menahan rasa lapar.

Kawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Sarapan tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.

Otak memerlukan sarapan untuk merangsang pemikiran dan mencergask­an minda.

Karbohidra­t diambil pada waktu pagi merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan memberikan kesan positif kepada otak.

 ??  ?? SARAPAN sihat untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
SARAPAN sihat untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
 ??  ?? Sekiranya anda bukanlah seorang yang aktif, pengambila­n makanan harus dijaga
Sekiranya anda bukanlah seorang yang aktif, pengambila­n makanan harus dijaga
 ??  ?? MINUMAN dadih buah-buahan kaya vitamin.
MINUMAN dadih buah-buahan kaya vitamin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia