Malang diseret 10 meter
Orang ramai gempar apabila kenderaan dinaiki wanita bersama tiga anak kecil dirempuh kereta mewah sebelum diseret sejauh lebih 10 meter.
Dalam kejadian jam 12.54 tengah hari semalam, mangsa berusia 33 tahun itu patah kaki kanan manakala tiga anaknya berusia dua hingga tujuh tahun cedera ringan sejurus terbabit kemalangan di Persiaran Fajar U5, Taman Desa Subang, di sini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan membabitkan nahas antaran Proton Wira dan Mercedes-Benz.
Menurutnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh yang tiba di lokasi kejadian mendapati semua mangsa di dalam kereta Proton Wira selamat dikeluarkan orang ramai.
“Kejadian dipercayai berlaku di persimpangan jalan utama ketika mangsa memandu keluar dari simpang sebelum dilanggar Mercedes-Benz dipandu seorang lelaki.
“Kereta mangsa diseret
Wanita patah kaki kereta dirempuh ketika keluar simpang
sebelum merempuh tiang lampu di pembahagi jalan,” katanya.
Beliau berkata, pemandu Mercedes-Benz itu tidak cedera dan berehat di restoran berhampiran lokasi akibat trauma.
“Wanita itu bersama anaknya dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.
“Mangsa patah kaki kanan manakala anaknya cedera ringan namun dipercayai turut mengalami kecederaan dalaman,” katanya.