Guna saluran tepat
Penderma diminta hulur bantuan melalui NGO diiktiraf
Salurkan bantuan menerusi pertubuhan sukarelawan yang diiktiraf bagi membantu mangsa pelarian etnik Rohingya di Bangladesh.
Pegawai Kanan Program Timur Tengah, Eropah dan Afrika Utara Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) Muhammad Abdullah Abd Wahab Ishari berkata, tindakan itu bertujuan melancarkan program bantuan di sana khususnya membabitkan kebenaran pihak berkuasa negara berkenaan.
“Sebelum ini, ada pihak yang menyalurkan bantuan sendiri termasuk mengagihkan makanan dan pakaian tanpa mahu melalui persatuan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) rasmi.
“Ia menyebabkan beberapa insiden tertentu tidak diingini berlaku termasuk membabitkan keracunan makanan dan kematian kerana tidak mendapat pemantauan rapi daripada penderma,” katanya dalam sidang media Perkembangan Operasi Mercy Malaysia di Myanmar, di sini, semalam.
Turut hadir, Presiden Mercy Malaysia Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus.
Abdullah berkata, berdasarkan pengalamannya mengikuti program kemanusiaan dan bantuan pelarian Rohingya di Myanmar dan Bangladesh, ada pihak yang menyalurkan bantuan secara persendirian tanpa bantuan pihak berkuasa.
“Keadaan itu menyebabkan kebajikan pelarian semakin tidak terurus hingga pihak tentera Bangladesh terpaksa mengambil alih program bantuan yang ingin disalurkan kepada pelarian bagi mengawal keadaan daripada menjadi lebih buruk.
“Tindakan pihak terbabit yang datang ke sana (Bangladesh) bagi menyalurkan
Ia menyebabkan beberapa insiden termasuk keracunan makanan dan kematian kerana tidak mendapat pemantauan rapi daripada penderma”
Muhammad Abdullah
bantuan tanpa saluran rasmi boleh menjejaskan operasi NGO lain, sekali gus memberi kesan kepada tujuan asal iaitu membantu pelarian Rohingya,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, pihaknya akan menghantar pasukan sukarelawan ketiga ke Bangladesh hari ini, membabitkan pasukan perubatan bagi ditempatkan di Kutupalong dan Thankkali, yang menempatkan pelarian Rohingya.