BERSIRAM AIR GLACIER
kami dari dapur mereka.
Meskipun malam tadi kami tidur seawal jam sembilan malam namun bagaikan tidak cukup waktu rehat itu.
Hari ini kami dijadualkan untuk meneruskan perjalanan ke Kem Paiju atau sebutannya Payu dan Zahid pada taklimat ringkasnya memberitahu bahawa perjalanan pada hari ini mungkin lebih lama dari semalam kerana terdapat beberapa cabaran lain.
Sekitar 7.15 pagi, kami semua sudah memulakan perjalanan dan misi separuh pertama perjalanan adalah untuk tiba di tempat makan tengah hari terlebih dulu yang mengambil masa sekitar lima jam di Skarm Tsok.
Laluan dan persekitaran menuju ke Skarm Tsok sama seperti semalam cumanya laluan di tebing sungai banyak dilalui kami dan cuaca panas yang melebihi 42 darjah Celsius pada hari itu sememangnya lebih menduga ketahanan mental dan fizikal.
Pada masa yang sama, kasut mendaki yang dipakai penulis pada hari itu mengalami masalah dan menyakitkan kaki sepanjang perjalanan. Memandangkan tiada pilihan untuk menukar kasut maka perjalanan diteruskan.
Sebaik sahaja tiba di Skarm Tsok pada jam 1 tengah hari, muka kami masingmasing sudah menunjukkan tanda kulit terbakar dan gelap memandangkan melalui perjalanan yang cukup panas tanpa ada sebatang pokok pun yang boleh kami berteduh.
Penulis memberitahu kepada Zahid mengenai masalah kasut memandangkan buku lali sudah pun bengkak. Zahid menawarkan untuk kami menukar kasut kerana dia tidak mahu penulis mengalami lebih tekanan fizikal untuk meneruskan perjalanan yang lebih panjang lagi pada hari ini.
Menyarung kasut Zahid yang berharga tidak sampai RM50 itu sememangnya selesa dan tahan lasak untuk penulis melangkah di laluan berbatu terutama di sungai.
Dalam perjalanan dari Skarm Tsok ke Paiju adalah paling menyeksakan kerana sepanjang laluan sekitar tiga jam pertama, laluan di kaki gunung yang penuh berbatu besar dan selepas itu kami perlu merentasi anak sungai sehingga ke paras lutut.
Air sungai yang mengalir adalah ais yang mencair di sekitar gunung dilalui kami dan kesejukkan sukar untuk digambarkan kerana sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di tanah seakan tidak dapat merasa atau kebas.
Sebaik merentasi beberapa anak sungai, perjalanan hari ini ‘dihidangkan’ dengan laluan berbatu seluas mungkin bersaiz empat kali padang bola sepak yang perlu kami rentasi.
Kaki melangkah penuh berhati-hati kerana tidak dapat dikira jumlah kaki terpelecok semasa melalui laluan sebelum sungai terakhir.
Kem Paiju selepas laluan berbatu itu mengambil masa sekitar tiga jam lagi dan sebaik sahaja kami melepasi laluan itu, kami perlu mendaki ke laluan yang cukup mencanak dan ada antara ahli kumpulan sudah kelihatan letih melihat rakan di hadapan yang begitu jauh di depan.
Dari jauh kelihatan sekelompok pokokpokok hijau dan Zahid memaklumkan itulah Kem Paiju yang terletak begitu hampir dengan sungai dan kami semua tiba di lokasi berkenaan sekitar jam 6.30 petang dengan rasa yang sangat memenatkan dan lebih 21 kilometer perjalanan pendakian kami hari ini.
Paiju berketinggian 3,440 meter dan kami akan berada selama dua malam di sini untuk aktiviti menyesuaikan diri dengan kawasan beraltitut tinggi. Di kem ini juga adalah masa untuk kami membasuh pakaian dan kebanyakkan ahli ekspedisi mengalami cirit-birit yang