Tiga tuduhan rasuah
Bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif dihadapkan ke mahkamah antirasuah semalam seterusnya membuka prosiding yang didakwanya berat sebelah yang mampu menggagalkan peluang partinya pada pilihan raya tahun depan.
Nawaz dihadapkan ke Biro Akauntabiliti Kebangsaan (NAB) di Islamabad atas tiga tuduhan rasuah, namun tiada pengakuan direkodkan.
Rangkaian televisyen tempatan melaporkan, Nawaz akan didakwa secara rasmi pada 2 Oktober depan, kira-kira dua bulan selepas diisytiharkan hilang kelayakan oleh Mahkamah Agung kerana gagal mengisytiharkan satu sumber kewangan.
Mahkamah turut menuduh kekayaan keluarga Nawaz jauh melebihi pendapatan sah mereka.
Ahli Parlimen dari parti Nawaz, Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N), Marvi Memom berkata: “Kehadirannya hari ini di mahkamah Beijing: Bekas datuk bandar di Tianjin - bandar yang mengalami letupan kimia besar pada 2015 sehingga mengorbankan 165 orang - semalam dipenjara 12 tahun kerana rasuah, lapor media kerajaan.
Huang Xingguo, 62, mengetuai jawatankuasa tindak balas selepas letupan di Tianjin pada Ogos 2015 itu yang turut memusnahkan sebahagian besar bandar pelabuhan berkenaan.
Dia yang juga pemangku ketua parti perbandaran pada masa itu, dipenjara kerana menerima rasuah berjumlah lebih 40 juta yuan membuktikan dia memang ‘singa.’
Nawaz, yang tiba di Pakistan semalam selepas menghabiskan sebulan di London memberitahu mahkamah isterinya menghidap kanser di sana dan memerlukan
Nawaz Sharif dihadapkan ke mahkamah antirasuah tanpa pengakuan direkod
penjagaan rapinya.
Dia sebelum ini menyelar tuduhan rasuah terhadapnya sebagai bermotifkan politik, manakala penyokongnya termasuk anak perempuannya Maryam - yang dianggap pewarisnya - membayangkan kejatuhannya didalangi tentera.
Pembangkang, Parti Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) diketuai bekas pemain kriket Imran Khan yang mendesak prosiding mahkamah terhadap Nawaz turut menggesa pilihan raya awal diadakan, namun tidak mungkin akan dipersetujui kerajaan.
Dua anak Nawaz dan bekas Menteri Kewangan Ishaq Dar juga bakal dihadapkan ke mahkamah NAB dalam masa terdekat.