‘Kami penting keselamatan’
Walaupun kejuaraan menjadi impian dalam setiap pertandingan, Team Deuter Pinky sentiasa berpegang dengan konsep jaga keselamatan, selamat sampai.
Presidennya, Non Tasbihaton Marhaban berkata, kumpulannya teruja membuat persiapan sempena kejohanan yang akan berlangsung di Kerteh itu nanti.
Menurutnya, setiap peserta mengidam untuk menjadi juara tetapi apa yang diutamakan Team Deuter Pinky adalah keselamatan pelumba.
“Semua nak menang tapi keselamatan sentiasa menjadi keutamaan supaya setiap pelumba berjaya menamatkan saingan.
“Menang itu soal kedua. Apa yang penting keselamatan semua peserta kumpulan kami terjaga,” katanya.
Menurutnya, seramai 15 pelumba berusia 19 hingga 45 tahun akan menyertai kejohanan itu nanti dan semuanya membuat latihan sendiri setiap malam bagi mengekalkan stamina.
“Kami akan berkumpul pada hujung minggu dan melakukan latihan bersama. Yang terbaru, kami berbasikal ke Fraser Hill, Pahang sempena Hari Malaysia pada 16 September lalu membabitkan jarak sejauh 110 kilometer.
“Latihan berterusan dan konsisten adalah rahsia kejayaan dalam apa juga pertandingan dan sebab itu kami sentiasa mengadakan latihan di sekitar Lembah Klang walaupun tidak menyertai apa-apa kejohanan,” katanya.
Non Tasbihaton berkata, pihaknya meletakkan tiga
Team Deuter Pinky tidak kisah jika tak menang
pelumba Azian Alias, Mustika Ayuni Mustafa dan Norlin Niswan sebagai harapan untuk menaiki podium dalam kejohanan berkenaan.
“Semua peserta ada kelebihan tersendiri tapi kita mempertaruhkan tiga pelumba wanita ini berdasarkan pengalaman namun segala-galanya bergantung kepada rezeki dan nasib,” katanya yang berharap Team Deuter Pinky mampu mencipta kejutan. senior lelaki dan wanita dalam kejohanan di Kerteh itu dan pihaknya tidak meletakkan sasaran podium tetapi berjanji akan cuba memberi saingan.
“Kami kini giat berlatih di kawasan berbukit dan antara trek yang menjadi lokasi adalah Bukit Mardi selain berkayuh dari Paya Seratus hingga ke Mak Lagam sejauh 40 kilometer sehari.
“Kami berharap dengan pengalaman dan latihan itu, kami ada akan dapat memberi cabaran kerana trek itu begitu mencabar sekali gus memerlukan daya tahan tinggi dari segi mental serta fizikal,” katanya.
Aizuddin yang bertugas sebagai Pembantu Operasi di Kolej Vokasional Kemaman berkata, pasukannya juga akan ketengahkan pelumba muda pada kejohanan itu.
Katanya, dua adik-beradik Muhammad Afiq Rafiqin Muhammad Atan, 17, dan Muhammad Aqil, 12, serta Nur Ain Fatma, 11, akan turut menyertai kejohanan itu.
“Saya mahu mendedahkan mereka supaya dapat menimba pengalaman,” katanya.