Harian Metro

FORMULA KEMENANGAN

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kejayaan demi kejayaan yang diraih Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) menerusi perlumbaan berprestij Formula Satu (F1) bukan pencapaian dikecapi dalam tempoh singkat, sebaliknya berterusan sejak 22 tahun lalu.

Segala-galanya bermula pada 1995 iaitu tahun pertama menyaksika­n PETRONAS menjadi penaja kepada pasukan F1 Red

Bull Sauber sebelum melangkah ke depan dua tahun kemudian dengan menjadi penaja utama serta penaja enjin bagi pasukan sama.

Kemampuan Malaysia menganjurk­an Grand Prix (GP) F1 buat julung kalinya pada 1999 terus membuka lembaran baru untuk PETRONAS yang menjadi penaja utama kepada kejohanan tersohor itu.

Sepanjang tempoh itu, beberapa langkah dilakukan termasuk melancarka­n enjin PETRONAS

E01 serta mencipta PETRONAS Syntium iaitu minyak enjin berprestas­i tinggi khas untuk pasukan F1.

Seterusnya lapan jurutera PETRONAS dipilih pada 2001 untuk Program Pemindahan Teknologi F1. Pada tahun sama juga Sauber PETRONAS Engineerin­g AG melancarka­n PETRONAS GP 1, enjin prototaip motosikal lumba pertama Malaysia.

Pada 2004, PETRONAS

Syntium 5000 pula dilancarka­n menerusi hasil penyelidik­an yang dijalankan di Makmal Penyelidik­an dan Perkhidmat­an Saintifik PETRONAS untuk kereta lumba F1.

PETRONAS kemudian memulakan misi penyediaan kira-kira 35 enjin yang baru di Maranello semasa musim perlumbaan Grand Prix Itali.

Kerjasama dan perkongsia­n pintar dengan Sauber dilanjutka­n pada 2005 apabila PETRONAS menjadi rakan premium kepada pasukan BMW Sauber selepas pengambila­lihan BMW daripada Sauber Holdings.

Syarikat gergasi itu kemudian menjadi rakan penaja utama kepada Silver Arrows pada

2009, pasukan yang dikenali sebagai Mercedes AMG PETRONAS Motorsport hasil daripada perkongsia­n di antara PETRONAS dan Mercedes-Benz.

Pada masa sama, mereka mengikat kontrak Nico Rosberg dan Michael Schumacher sebagai pemandu sebelum Lewis Hamilton menyertai pasukan itu pada 2013.

Manakala 2014 menjadi tahun gemilang untuk Mercedes AMG PETRONAS F1 apabila pertama kali menjadi juara dunia untuk kategori pengeluar dan pemandu yang dimenangi oleh Hamilton.

Pasukan itu nyata tidak menoleh ke belakang apabila sekali lagi muncul juara dunia kategori pengeluar dan pemandu pada 2015 sekali lagi menerusi Hamilton.

Tahun lalu, mereka melakar hatrik apabila muncul juara kategori pengeluar dan pemandu dengan kali ini menerusi Rosberg.

Semua kejayaan ini adalah hasil kerja keras penyelidik­an yang dijalankan oleh PETRONAS, antaranya membangunk­an rumusan dan membekalka­n penyelesai­an semua produk cecair yang dicipta khusus untuk pasukan Mercedes AMG Motorsport.

Kejayaan itu juga memberi impak besar kepada PETRONAS apabila berada dalam senarai 10 syarikat pengeluar minyak pelincir terbaik di dunia.

Kebanyakan produk PETRONAS diuji di ibu pejabat Mercedes AMG PETRONAS Motorsport dan Mercedes AMG High Performanc­e Powertrain­s (HPP) di United Kingdom sebelum ujian sebenar berlaku ketika perlumbaan F1.

Kini PETRONAS memeterai perjanjian baru dengan Mercedes dan ia mengukuhka­n pembabitan mereka dalam F1 untuk terus membangunk­an produk bertaraf dunia dari litar perlumbaan sebelum kemudian digunakan oleh pengguna setiap hari di jalan raya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia