Harian Metro

Tiga anggota direman tujuh hari

-

Manjung: Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas bagi syif bertarikh 29 September jam 10 pagi hingga 10 malam di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, di sini, ketika, kejadian kematian Laskar Kelas 1, Allahyarha­m Nik Muhammd Bahaiqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatulma­n Mohd Sukri, 26, direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh terbabit.

Ketiga-tiga suspek lelaki berusia 29, 37 dan 44 tahun itu dibenarkan reman oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung, semalam selepas ditahan sepasukan polis kira-kira jam 9.30 malam kelmarin sejurus keputusan bedah siasat terhadap mangsa diperolehi.

Semua suspek yang memakai pakaian lokap warna jingga dibawa ke mahkamah menaiki kenderaan polis dan tiba pada jam 8.45 pagi sebelum memasuki Mahkamah Majistret pada 9 pagi dan kemudian keluar kira-kira 45 minit kemudian.

Majistret Nur Shaqira Ibrahim membenarka­n ketiga-tiga suspek terbabit direman seminggu sehingga 7 Oktober ini bagi membantu siasatan yang kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis mengklasif­ikasikan kes kematian dua anggota TLDM terbabit sebagai kes bunuh selepas hasil bedah siasat terhadap kedua-dua anggota berkenaan mendapati punca kematian disebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma tumpul.

Keterangan lapan tahanan yang ada di lokasi kejadian selain 11 pengawal bilik tahanan yang bertugas ketika kejadian turut direkodkan polis.

 ?? FOTO: ABDULLAH YUSOF, FATHIL ASRI DAN MUHAIZAN YAHYA ?? SUSPEK diiringi anggota polis selepas mendapat perintah reman di Mahkamah Majistret Seri Manjung.
FOTO: ABDULLAH YUSOF, FATHIL ASRI DAN MUHAIZAN YAHYA SUSPEK diiringi anggota polis selepas mendapat perintah reman di Mahkamah Majistret Seri Manjung.
 ??  ?? TIMBALAN Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Abu Bakar Mohd Aziz menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Mohd Sukri Salleh.
TIMBALAN Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Abu Bakar Mohd Aziz menyerahka­n Jalur Gemilang kepada Mohd Sukri Salleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia