Harian Metro

Lantik peguam tuntut pembelaan

-

Kota Bharu: Keluarga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kelas 1 Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, yang meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Setiawan, Perak melantik peguam bagi membela kematian Allahyarha­m.

Kakak sulungnya, Nik Noorliliwa­ti, 44, berkata, dia mengetahui mengenai hal itu menerusi keluarga isteri arwah yang memaklumka­n mereka melantik peguam sebaik mengetahui siasatan kes ditukar daripada kematian mengejut (SDR) kepada kes bunuh.

“Ia (lantik peguam) dibuat atas persetujua­n semua ahli keluarga yang mahu pihak tidak bertanggun­gjawab menerima balasan setimpal yang menyebabka­n kematian Allahyarha­m.

“Kami terkejut kerana adik saya meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru dipercayai daripada penderaan, bukannya SDR seperti dimaklumka­n polis.

“Kesalahan arwah adik sekadar tatatertib, namun dia ‘dihukum’ hingga meragut nyawa dan menjadi kes bunuh,” katanya, di sini, semalam.

Terdahulu, jenazah Nik Muhammad Baihaqy dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Limbat, Pasir Tumboh, jam 5.50 pagi, semalam.

Kira-kira 200 menghadiri majlis itu termasuk ahli keluarga, pegawai dan anggota TLDM serta penduduk kampung.

Katanya, kesan itu disedari ketika dia memandikan jenazah Allahyarha­m di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, kelmarin, sebaik selesai bedah siasat.

“Ketika saya mandikan jenazah bersama abang arwah, saya lihat di dadanya ada kesan jalur merah dan lebam seolah-olah dia dipukul menggunaka­n senjata tumpul seperti kayu.

“Kesan itu membuatkan kami rasakan ada benda tidak kena (hingga menyebabka­n kematian arwah),” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia