Harian Metro

RM100,000 lebur

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

 Aeril, Wawa dakwa diperdaya Datuk tauke minyak wangi

Pasangan pelakon, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membuat laporan polis terhadap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang didakwa menipu mereka sebanyak RM100,000 sejak Mac tahun lalu.

Aeril berkata, wang itu diserahkan secara tunai kepada lelaki itu pada Mac tahun lalu bagi tujuan menghasilk­an produk minyak wangi.

“Saya percayakan­nya kerana dia pernah menghasilk­an minyak wangi untuk beberapa selebriti lain. Dia memberitah­u jika ingin menghasilk­an minyak wangi, saya perlu membayar wang pendahulua­n.

“Selepas menyerahka­n wang, dia berjanji produk akan dikeluarka­n dalam tempoh tiga bulan. Malangnya sehingga sekarang dia terus senyap,” katanya kepada Harian Metro.

Aeril yang juga pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap berkata, selepas produk itu gagal dikeluarka­n dalam tempoh dijanjikan, dia menuntut supaya wang itu dikembalik­an.

“Selepas beberapa bulan mendesak, dia bersetuju memulangka­n semula wang saya dengan memberikan cek pada awal tahun ini. Malangnya, apabila saya cuba menukarnya di bank saya dapati ia cek tendang.

“Saya difahamkan daripada beberapa bekas pekerjanya, wang saya digunakan untuk perkara lain,” katanya.

Menurut Aeril, dia juga sudah berusaha menghubung­i dan menghantar mesej kepada Datuk berkenaan tetapi gagal.

“Saya ada menghubung­i isteri dan anaknya, tetapi saya difahamkan mereka juga tidak dapat menghubung­inya. Dari awal urusan perniagaan ini dilakukan, saya masih menyimpan segala bukti perbualan kami.

“Jadi selepas 19 bulan, saya tidak boleh berdiam diri lagi. Saya membuat laporan ini bagi menuntut hak saya semula. Saya berharap dia atau wakil keluargany­a datang berjumpa saya bagi menyelesai­kan perkara ini. Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya tidak ada sebarang maklum balas,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, semalam.

 ??  ?? AERIL bersama laporan polis yang dibuat kerana ditipu.
AERIL bersama laporan polis yang dibuat kerana ditipu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia