Harian Metro

Serunding tuna, ketam antara tumpuan

-

Serdang: Hidangan serunding tuna dan ketam bersama roti kosong dengan harga RM2 antara makanan yang menjadi tumpuan pengunjung sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK 2017) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, semalam.

Pengasasny­a, Ismail @ Ibrahim Mustaffa, 47, berkata, dia tidak menjangka sambutan yang diberikan orang ramai walaupun pada mulanya risau akan hidangan itu tidak habis dijual kerana tidak popular.

“Sebab itu, saya hanya menyediaka­n 3,500 roti dan terpaksa menambah semula 500 roti untuk memenuhi permintaan pengunjung.

“Tidak sampai empat jam, roti saya laris dan sebenarnya ini kali pertama menjual menu seperti itu,” katanya ketika ditemui.

Selain itu, katanya, 1,500 kotak serunding tuna, ketam dan ayam juga habis dijual dengan harga promosi RM20 untuk dua kotak.

“Nampaknya orang ramai suka akan serunding tuna dan tidak dinafikan rasa yang pelbagai dalam inovasi terbaru produk makanan membuatkan saya yakin untuk meneruskan perniagaan ini,” katanya yang sudah menembusi pasaran Indonesia dan menyediaka­n empat tan serunding setiap bulan.

Sementara itu, seorang lagi peniaga serunding tuna, Mustafa Abd Seman, 44, sambutan menggalakk­an daripada pengunjung menjadikan dia yakin untuk menjalanka­n perniagaan yang baru diusahakan sejak awal tahun ini.

“Serunding adalah produk tradisiona­l dan sebelum ini kita hanya tahu serunding ayam dan daging tetapi kelainan kali ini adalah menggunaka­n ikan tuna yang disediakan dengan resipi unik.

“Resipi istimewa ini menyedapka­n lagi rasa serunding ini. Setiap hari, saya akan sediakan 30 kilogram ikan tuna untuk dijadikan serunding,” kata bekas tentera udara itu yang berasal dari Guar

Chempedak, Kedah.

Seorang lagi penjual produk berasaskan ikan tuna, Sharul Rizam, 33, dari Wilayah Persekutua­n Labuan berkata, sate tuna yang disediakan mendapat sambutan.

“Memang tidak sangka ramai yang mahu mengetahui apa itu sate tuna. Kandungan vitamin tinggi iaitu 42 peratus dan rendah kalori berbanding sate ayam atau daging dikira sesuai untuk penggemar sate yang mementingk­an kesihatan.

“Ini adalah produk inovasi baru Jabatan Perikanan dan sate tuna dihasilkan

100 peratus daripada ikan tuna sirip kuning (yellowfin tuna) yang lazat dan kaya dengan khasiat

Omega 3.

“Ia berasaskan nutrien dan khasiat isi ikan tuna ini, sate tuna antara satu lagi menu pilihan bagi pengamal diet sihat,” katanya.

 ??  ?? ISMAIL menunjukka­n serunding Tuna dan Ketam pada HPPNK 2017.
ISMAIL menunjukka­n serunding Tuna dan Ketam pada HPPNK 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia