Harian Metro

Berbasikal cegah serangan jantung

-

Shah Alam: Sempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2017, Pusat Perubatan Pakar Sri Kota, Klang mengambil kesempatan menganjurk­an

dengan bertemakan Berbasikal Mencegah Serangan Jantung, semalam.

Lebih 400 peserta menyertai program berbasikal berkenaan dengan perjalanan sejauh 20 kilometer itu dilakukan di Urban Park Setia Alam, di sini, pada jam 7 pagi.

Pengarah Pusat

Perubatan Pakar Sri Kota Tan Suet Guan berkata, acara berbasikal itu dilakukan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahayanya penyakit jantung yang boleh menyerang tanpa mengira lapisan umur.

“Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia dengan 40,000 kes dicatatkan setiap tahun.

“Ia menjadi punca kematian utama dikalangan rakyat Malaysia sejak 2005 hingga 2014,” katanya.

Menurutnya, perlu ada langkah awal dalam mencegah sakit jantung dan ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti bersenam secara kerap serta melalui pemakanan yang seimbang.

“Kita ambil aktiviti basikal pada kali ini kerana kita sudah melakukan perkara itu sejak kita kecil namun tidak menyedarin­ya ia mendatangk­an banyak kebaikan.

“Oleh itu, kita sengaja buat acara ini dalam mengimbau kembali zaman kecil bahawa aktiviti berbasikal boleh meningkatk­an kesihatan jantung selain meningkatk­an stamina dan kualiti hidup,” katanya.

 ??  ?? PESERTA kayuhan bergambar bersama selepas menyertai program kayuhan
amal di Urban Park, Setia Alam.
PESERTA kayuhan bergambar bersama selepas menyertai program kayuhan amal di Urban Park, Setia Alam.
 ??  ??
 ??  ?? AKSI peserta ketika
kayuhan amal.
AKSI peserta ketika kayuhan amal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia