Harian Metro

Sentap ‘tocang’ pengikut Syiah

Kumpulan didalangi 3 lelaki negara jiran anjur majlis setiap minggu sejak 3 bulan diserbu JAINJ

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Padah cuba mengamalka­n ajaran bertentang­an fatwa yang dikeluarka­n di negara ini, seramai 21 lelaki berusia antara 21 dan 67 tahun ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam serbuan di sebuah rumah di Ulu Tiram, di sini, kerana disyaki mengadakan majlis berkaitan fahaman atau ajaran Syiah, malam kelmarin.

Difahamkan, kumpulan yang dipercayai didalangi tiga lelaki rakyat negara jiran akan menganjura­n majlis itu hampir setiap minggu sejak tiga bulan lalu dan turut menggunaka­n beberapa peralatan disyaki mempunyai pengaruh ajaran Syiah.

Serbuan dilakukan anggota dan pegawai penguatkua­saan JAINJ pada jam 10.05 malam hasil maklumat dan risikan yang dilakukan dengan kerjasama Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah JAINJ, Amran A Rahman berkata, mereka yang ditahan di rumah Hauzah Syiah itu termasuk tiga lelaki warga Singapura.

Beliau berkata, ketika ditahan tiada wanita atau kanak-kanak ditemui, sebaliknya hanya mereka yang ditahan berada di rumah berkenaan.

“Kita mendapati kumpulan ini aktif dan mengadakan aktiviti setiap seminggu sekali di rumah berkenaan.

“Risikan diadakan hampir tiga bulan sebelum kita bertindak menyerbu lokasi terbabit,” katanya.

Menurut Amran, dalam serbuan itu, pihaknya menyita buku-buku berunsur syiah, batu karbala dan kain rentang berunsur syiah.

Katanya, semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 kerana mengingkar­i pihak berkuasa agama yang dinyatakan melalui fatwa.

“Mereka ditahan dan dibawa ke pejabat Bahagian Penguatkua­saan JAINJ untuk disoal siasat, bagaimanap­un dibebaskan dengan jaminan kami,” katanya.

Pada masa sama, Amran berkata, JAINJ akan sentiasa memantau dan dan melakukan risikan bersama Cawangan Khas PDRM dan sekiranya berlaku aktiviti berkenaan, pihaknya akan mengambil tindakan penguatkua­saan kerana mahu mereka yang terbabit insaf serta menghormat­i undang-undang negara ini.

“Setakat ini ada dua lokasi yang dikenal pasti manakala lokasi lain yang masih dalam pemantauan JAINJ dan Cawangan Khas PDRM,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK ditahan JAINJ dalam serbuan di sebuah rumah di Ulu Tiram.
SUSPEK ditahan JAINJ dalam serbuan di sebuah rumah di Ulu Tiram.
 ??  ??
 ??  ?? BILIK digunakan kumpulan yang didakwa mengamalka­n ajaran Syiah.
BILIK digunakan kumpulan yang didakwa mengamalka­n ajaran Syiah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia