Harian Metro

Kawal hingga keluar Sabah

-

Kuala Lumpur: Polis Sabah bertindak menyelamat­kan seorang ibu dan tiga anaknya yang didera bapa mereka dengan memberi kawalan ketat sehingga empat beranak itu keluar dari Kunak ke Lapangan Terbang Tawau, Sabah semalam.

Ia berikutan aduan polis berhubung tindakan suami wanita itu cuba menculik anak mereka semula tetapi digagalkan ahli keluarga yang sedang berkumpul ketika kejadian petang kelmarin.

Lelaki itu masih dalam siasatan polis berhubung dua laporan kes dera anaknya dilaporkan pada 2015 dan terbaru pada 19 September lalu.

Kisah Jumatiah Jahud, 34, seorang tukang cuci di ibu negara disiarkan Harian Metro Jumaat lalu mendapat perhatian orang ramai dan bantuan segera daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum wanita itu pulang ke Sabah bagi menyelamat­kan anaknya.

Bagaimanap­un

wanita malang itu perlu berlepas segera ke Kuala Lumpur bagi menghadiri perbicaraa­n tuntutan fasakh yang difail di Mahkamah Syariah Jalan Duta.

“Sudah dua minggu saya tidak bekerja (tukang cuci di Kuala Lumpur) jadi saya tidak mampu menanggung kos penerbanga­n bagi menyelamat­kan anak serta menguruska­n tuntutan fasakh saya.

“Sehubungan itu saya berasa amat bersyukur dan mengucapka­n terima kasih kepada penderma yang bermurah hati termasuk Ahli Parlimen Kinabatang­an, Bung Mokhtar, PPIM, Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi, sekumpulan tukang cuci dan penderma yang enggan dikenali.

“Saya juga mengucapka­n terima kasih kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang mengambil tindakan besar melindungi dan menyelamat­kan nasib masa depan anak-anak yang tidak bersalah ketika semua pihak lain memandang rendah kes ancaman ugut dera dan perhambaan ini,” katanya.

Sepasukan polis turut memberi perlindung­an dan mengiringi mereka sehingga berlepas menaiki kapal terbang kerana bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sementara itu, Mohamad Fuzi mengucapka­n terima kasih kepada Harian Metro yang menarik perhatian beliau terhadap jenayah ini.

“Kita tidak boleh membiarkan budaya perhambaan wanita dan kanak-kanak di negara ini.

“Saya sudah dimaklumka­n bahawa kes ini sudah pun diketengah­kan lama dahulu tetapi masih berlaku lagi,” katanya.

 ??  ?? JUMATIAH bersama tiga anaknya selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 dari Tawau, Sabah, semalam.
JUMATIAH bersama tiga anaknya selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 dari Tawau, Sabah, semalam.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 29 September lalu.
LAPORAN Harian Metro 29 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia