Harian Metro

Da’i Hakim juara

-

Shah Alam: Da’i Hakim muncul juara program Da’i Pendakwah Nusantara musim kelima di pentas akhir yang berlangsun­g di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi.

Kemenangan Hakim atau nama sebenarnya Muhammad Luqman Hakim Othman, 22, membolehka­nnya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 serta trofi dan pakej umrah untuk dua orang.

Dua lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Da’i Afiqah atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mahmud dan Da’i Fahmi atau Muhammad Fahmi Zulkifly terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan ketiga.

Kedua-duanya berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi di samping pakej Pelayaran Penyucian Jiwa.

Da’i Aiman yang mengakhiri perjalanan­nya ke peringkat separuh akhir pada minggu sebelumnya dipilih sebagai Da’i Pilihan Almas dan membawa pulang pakej Pelayaran Penyucian Jiwa.

Da’i Pendakwah Nusantara musim ini masih mengekalka­n Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai Mursyid, manakala Murabbi pula terdiri daripada Ustaz Roslan Mohamed dan Ustazah Asni Abu Mansor Al-Hafizah.

Juri tetap pentas akhir terdiri daripada Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail.

Sistem penjurian masih mengekalka­n konsep sama iaitu 70 peratus daripada juri tetap, 20 peratus daripada Murabbi dan 10 peratus lagi daripada juri awam.

 ??  ?? DA’I Hakim di pentas akhir program Da'i Pendakwah
Nusantara malam tadi.
DA’I Hakim di pentas akhir program Da'i Pendakwah Nusantara malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia