Harian Metro

‘HANG TUAH’ WIRA API

Pelajar terima anugerah selamat 6 rakan dalam kebakaran

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

“Saya tak fikir apa dah masa tu, saya terus masuk saja asrama untuk selamatkan kawan,” kata Mohamad Farid Iskandar Mohd Zulkarnain, 12, yang menerima Anugerah Pingat Hang Tuah atas keberanian­nya menyelamat­kan enam rakan dalam kebakaran asrama Maahad Tahfiz al-Quran Wartabiyat­ul Islamiah, Ogos lalu.

Anak sulung daripada dua beradik itu menerima trofi, sijil dan wang tunai RM5,000 daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk

Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Majlis Perasmian Bulan Kebajikan Negara 2017 di Pusat Latihan Perindustr­ian dan Pemulihan (PLPP) di sini, semalam.

Anugerah Pingat Hang Tuah diperkenal­kan pada 1960 dan diberikan kepada tokoh kanak-kanak negara berdasarka­n keberanian luar biasa mereka.

Dalam kejadian jam 1.50 pagi pada 6 Ogos lalu, Mohamad Farid Iskandar terjaga daripada tidur dan melihat kepulan asap dari bilik asrama tingkat tiga Maahad Tahfiz al-Quran Wartabiyat­ul Islamiah, Baling, Kedah.

Menyedari kebakaran itu, dia pantas bangun mengejutka­n enam rakan yang sedang lena dan segera menuruni tangga untuk keluar dari situ.

Tanpa berfikir panjang, dia kemudian mencapai baldi dan paip air, diikuti rakannya untuk memadam kebakaran, namun gagal kerana api marak.

Dalam keadaan getir itu, Mohamad Farid Iskandar dan rakan bergegas turun menyelamat­kan diri, tetapi seorang rakannya dikenali Hazwan jatuh tersungkur dan dia berpatah balik untuk memapah rakan ke tempat selamat.

Mohamad Farid Iskandar berkata, pengalaman ditempuhin­ya itu masih segar dalam ingatannya dan diharapkan dapat menjadi contoh kepada kanak-kanak lain untuk mengambil tindakan sama dengan segera menyelamat­kan diri serta rakan apabila berlaku kecemasan seperti kebakaran.

“Saya sendiri tidak tahu macam mana boleh timbul rasa berani, saya rasa boleh saja sebab fikir untuk selamatkan rakan dengan mengikut tangga belakang.

“Saya rasa seronok dengan anugerah ini dan kawan lain juga tahu serta berkongsi perasaan sama,” katanya yang ditemani ibunya

Murni Hayati Abdul Ghani,

31.

Saya rasa seronok dengan anugerah ini dan kawan lain juga tahu serta berkongsi perasaan sama”

Mohamad Farid Iskandar

 ??  ?? TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memakaikan tengkolok kepada Mohamad Farid pada Majlis Perasmian Bulan Kebajikan Negara 2017. MOHAMAD Farid menunjukka­n pingat dan anugerah yang diterimany­a.
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memakaikan tengkolok kepada Mohamad Farid pada Majlis Perasmian Bulan Kebajikan Negara 2017. MOHAMAD Farid menunjukka­n pingat dan anugerah yang diterimany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia